GEORGETOWN : Arahan diberikan kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussein untuk mengundurkan diri ekoran krisis kerugian RM30 bilion akibat urusniaga pertukaran asing pada 1992, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun begitu, kata Anwar, Tun Mahathir Mohamad selaku perdana menteri ketika itu mempertahankan skandal berkenaan, meskipun ia menyebabkan negara menanggung kerugian.
“Setelah lebih 20 tahun isu kerugian wang yang amat besar ini tidak mendapat tindakan yang sewajarnya dari pihak pemerintah yang diterajui oleh Barisan Nasional.
“Mereka sentiasa berasa selesa walaupun negara mengalami kerugian dalam transaksi tersebut,” kata Anwar ketika menjadi panel dalam Forum Skandal Forex Bank Negara, anjuran Penang Institute, di Dewan Sri Pinang, semalam.
Anwar juga menegaskan bahawa individu utama dalam kes tersebut ialah bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin dan juga Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengetuai jabatan perdagangan mawatang di Bank Negara ketika itu.
Mantan Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr.Rosli Yaakop, antara salah seorang panel dalam forum yang dikendalikan oleh Julian Candiah itu.
Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berkata, kerajaan menyatakan kerugian itu berlaku ‘di atas kertas sahaja’ dan desakan supaya melantik sebuah Suruhanjaya Diraja juga tidak diendahkan.
“Ini mempamerkan wajah sebenar penyangak dan mereka yang korup dalam mengendalikan wang negara,” katanya yang menambah isu mengenai spekulasi mata wang Yen dan Dollar Amerika bermula sejak 1989 lagi.
“Akhirnya apabila kehilangan wang negara yang begitu besar berlaku, tiada pihak yang berani untuk membawa ke mukaĆ pengadilan spekulator yang bertanggungjawab,” kata beliau. - KeadilanDaily
Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 3hb Jun 2012:
Sebab sebenar Mahathir semakin risau adalah segala skandal kewangan dalam jangkamasa 22 tahun sebagai Perdana Menteri akan terbongkar
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kelihatan semakin aktif dalam dua minggu ini dengan lemparan fitnah mengenai keadaan politik negara ini dan kini giat untuk menafikan kemungkinan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan Pilihanraya Umum Ke-13 mengikut pelannya dalam bulan Jun/Julai.
Dalam 2 minggu ini, apa yang telah Mahathir lakukan adalah:
Membuat dakwaan yang liar dan tidak masuk akal bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu penyediaan oleh Pakatan Rakyat untuk mencetuskan rusuhan dan kekecohan untuk menolak keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 sekiranya pihak pembangkang gagal memenanginya;
Dakwaan lagi apabila memberi amaran bahawa jika UMNO ditumpaskan maka hilanglah kuasa Melayu di tanahair sendiri, terutamanya apabila Pakatan Rakyat yang memayungi PKR, PAS dan DAP menggantikan UMNO/BN;
Dan ulangan demi ulangan mengenai kelemahan dalam kerajaan Najib akibat kepimpinan Badawi, yang jelas belum bersedia untuk Pilihanraya Umum Ke-13 yang nampaknya ditunda sehingga selepas bulan Ramadan yang akan berakhir dalam bulan Ogos.
Walaubagaimanapun, sebab sebenar Mahathir risau dalam dua minggu ini dan melemparkan dakwaan demi dakwaan adalah kerana bekas Perdana Menteri ini semakin rimas yang isu skandal kewangan dalam jangkamasa 22 tahun pimpinan beliau akan terbongkar sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandate untuk membentuk kerajaan baru dalam pilihanraya yang akan datang.
Dalam satu forum semalam di Pulau Pinang diatas skandal kerugian pertukaran asing Bank Negara yang berjumlah RM30 bilion, Dr Rosli Yaakop, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara telah tampil kehadapan untuk memberikan maklumat.
Rosli telah memberikan empat nama dalam “forex scandal elite club masters” – bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin, bekas Gabenor Bank Negara mendiang Jaffar Hussein dan Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk Unit Perancang Ekonomi Kerajaan Nor Mohamed Yakcop sebagai parti yang bertanggungjawab keatas kerugian besar yang dialami oleh Bank Negara selama 2 dekad.
Kata Rosli, Jaffar dan Nor merupakan dalang terbesar dalam skandal ini kerana telah menokok-tambah mengenai spekulasi aktiviti forex yang jelas menentang prinsip-prinsip bank pusat.
Katanya, kedua-dua mereka telah membuat spekulasi tidak bertanggungjawab dan telah mempertaruhkan keselamatan asset-aset Bank Negara tanpa menghiraukan apa akan berlaku.
Rosli telah menuduh Nor, selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor, kerana telah mengakibatkan kerugian firex secara langsung kerana dia seorang yang telah diberikan tugas untuk membuat spekulasi untuk mempertaruhkan matawang Ringgit Malaysia terhadap matawang asing.
Kata Rosli, Nor yang pada masa itu penasihat Bank Negara yang dipertanggungjawabkan dengan bahagian pelaburan, didapati akan menggunakan komputernya dan computer staf-staf yang lain untuk membuat spekulasi ini dalam pasaran matawang asing.
Ini telah mengakibatkan peserta forex antarabangsa percaya bahawa Bank Negara mempunyai ramai pedagang pasaran yang agresif.
“Tetapi hakikatnya adalah Nor Yakcop yang telah melakukan kerja ini.”
Kata Rosli bank pusat hanya terlibat dalam pasaran spekulatif forex secara besar-besaran semasa Daim memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.
“Arahan untuk merebut peluang menggunakan forex untuk sebagai sumber pendapatan diberikan oleh Daim bersama dengan restu Mahathir,” kata Rosli. Jaffar adalah Gabenor pak turut atau “yes man” mereka pada masa itu.
Dalam tahun 1992, Bank Negara telah membuat satu pertaruhan dengan Paun Britain. Ia membeli matawang tersebut manakala George Soros menjual.
Apabila nilai matawang Paun menyusut, Bank Negara kerugian USD 5.5 bilion dan George Soros telah memperoleh keuntungan USD 1.7 bilion.
Bank Negara kemudiannya menyatakan yang kerugian yang dialami adalah ‘paper loss’ bernilai hanya RM9.3 bilion.
Kata Rosli, anggaran pakar-pakar berhubung pendedahan kerugian sebenarnya adalah diantara USD27 sehingga USD33 bilion iaitu lima kali ganda simpanan rizab asing dan seluruh asset bernilai USD20.7 bilion dalam tahun 1992.
Saya telah membuat anggaran didalam sidang Parlimen 2 dekad yang lalu bahawa Bank Negara telah mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi Bank Negara telah mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion dalam 1993.
Kata Rosli semalam, dakwaan kerugian oleh Bank Negara telah “diperkecilkan secara berskema” (schematically understated), melalui penilaian semula pegangan emas (gold holdings) dan penilaian semula pelaburan sebut harga (quoted investment).
Rosli telah menyatakan juga seruan saya dalam dewan Parlimen pada masa itu supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal forex Bank Negara tidak diendahkan kerana penyiasatan terbuka seperti ini akan membawa bencana politik kerana perincian skandal tersebut boleh menjejaskan reputasi orang-orang berpangkat tinggi yang terbabit yang amat memalukan.
Kata Rosli, ramai akan dipenjarakan kerana elemen jenayah wujud dalam skandal forex. Elemen-elemen jenayah ini termasuklah kecuaian, penyalahgunaan kuasa, pemalsuan akaun, “perakaunan kreatif”, memberi maklumat salah, pecah amanah dan rasuah.
Dalam forum yang berlangsung di Pulau Pinang semalam, Rosli telah memberi cadangan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih sebagai kerajaan pusat, penyiasatan skandal forex Bank Negara 1992 mesti disambung semula.
Saya menyokong penuh cadangan Rosli ini. Sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih sebagai kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum yang akan datang, satu Suruhanjaya Siasatan Diraja mestilah ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal forex Bank Negara bernilai RM30 bilion dalam 1992, serta terhadap semua skandal-kewangan selama tempoh 22 tahun Mahathir sebagai pemimpin negara.
Dalam buku Barry Wain, yang bertajuk “Malaysian Maverick”, dalam empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Mahathir jumlah kerugian yang dialami oleh Malaysia dianggarkan bernilai RM100bilion.
Dan pendedahan inilah yang membuatkan Mahathir resah dan takut.
Semalam, bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup diatas persubahatan dalam pembunuhan peserta-peserta dalam kebangkitan dalam negaranya tahun lepas.
Saya tidak memberi cadangan yang Mahathir mesti dijatuhkan hukuman penjara bagi skandal-skandal kewangan dalam tempoh 22 tahun sebagai pemimpin negara, tetapi sekurang-kurangnya rakyat Malaysia berhak untuk mendapat kebenaran berhubung skandal kewangan yang akan menjadi satu pengajaran yang baik supaya tidak diulangi.
Akan tetapi, apa yang jelas adalah ini bukanlah sesuatu yang Mahathir mahukan dan akan bermati-matian untuk mengelakkan apa-apa bentuk pendedahan termasuklah mengeluarkan tuduhan fitnah mengenai Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum yang akan datang. - Sumber
Siasat skandal Bank Negara rugi RM30 bilion, RM100 bilion ketika 22 tahun era Mahathir
24 February 2013
KUALA LUMPUR, 24 FEB: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata beliau pernah mengatakan Pakatan Rakyat (PR) patut membuka semula siasatan terhadap skandal RM30 bilion tukaran wang asing 1992 jika berjaya mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Selain itu, katanya, Suruhanjaya Siasatan Diraja sepatutnya ditubuhkan bagi menyiasat kerugian RM100 bilion yang ditanggung negara di dalam skandal kewangan sepanjang 22 tahun era pemerintahan bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, walaupun 13.3 juta pengundi pada PRU-13 belum membuat keputusan sama ada mereka menyokong cadangan itu, siasatan awam menyeluruh perlu dilakukan kerana kerugian RM100 bilion itu tiada langsung akauntabiliti dan ketelusan malah rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa berleluasa selama lebih tiga dekad itu.
“Saya memberi jaminan tidak mahu melihat Mahathir mengalami nasib sama seperti Mubarak atau Gadafi, atau ditahan di penjara tetapi perlu ada perakaunan penuh mengenai kerugian RM100 bilion skandal kewangan selama era Mahathir.
“Sebaliknya mahu melihatkan institusi penting negara seperti kehakiman, perkhidmatan awam, Pejabat Peguam Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikompromi dan tunduk mengikut perintah Perdana Menteri yang sehingga kini Malaysia masih belum lagi pulih sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 47 Hari Ke PRU-13, semalam.
Menurutnya, hanya selepas itu Malaysia boleh bermula dengan halaman baru iaitu membina bangsa Malaysia yang hebat yakni yang bersatu, harmoni, berdaya saing, progresif dan makmur.
Beliau berkata, sehingga kini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih gagal menyatakan secara jujur dan berterus-terang sama ada rakyat Malaysia masih membayar RM100 bilion skandal kewangan yang dilakukan dalam era pemerintahan Mahathir dengan keputusan kerajaan pada 2011 yang menghapuskan RM580 juta hutang Tan Sri Tajuddin Ramli yang diselesaikan “luar mahkamah” antara Danaharta dan GLC lain dengan mengambil kira semua saman yang belum selesai antara mereka.
“Sebelum penyelesaian itu, Tajuddin mendakwa dalam afidavitnya bahawa Mahathir membuatnya membeli MAS pada 1994 bagi menyelamatkan Bank Negara yang mengalami kerugian pertukaran wang asing secara besar-besaran berpunca daripada spekulasi pasaran sebagai “khidmat kepada negara” dengan “Overriding Agreement” untuk membayar gantirugi beliau terhadap sebarang kerugian yang ditanggung.
“Walaupun perkara ini dinafikan Mahathir, perlu ditentukan siapa yang bercakap benar, Mahathir atau Tajuddin dan siapa yang mesti bertanggungjawab terhadap kerugian RM10 bilion MAS, RM1.8 bilion kerugian pembelian semula 29.09 peratus kepentingan Tajuddin dalam MAS pada harga RM8 seunit berbanding harga pasaran RM3.68 seunit ketika perjanjian ditandatangani pada 20 Disember 2000 diikuti laporan polis MAS dari 2002 bahawa Tajuddin menyebabkan pengangkutan negara kerugian melebihi RM8 bilion,” ujarnya.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menggangarkan di Parlimen dua dekad lalu bahawa Bank Negara kerugian RM30 bilion daripada skandal pertukaran asing ketika pemerintahan Mahathir.
Bagaimanapun, katanya, Bank Negara mendakwa kerugian RM10.1 bilion pada 1992 dan RM5.7 bilion pada 1993 sementara bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakop tahun lalu di sebuah forum awam menganggarkan Bank Negara kerugian antara US$27 dan US$33 bilion, lima kali ganda melebihi rizab asingnya dan aset keseluruhan sebanyak US$20.7 bilion pada 1992.
“Terkini portal berita perniagaan yang baru berusia tiga hari, KiniBiz, Jose Barrock melaporkan “Syed Mokhtar eyes Malaysia Airlines” bahawa Syed Mokhtar Albukhary mencadangkan kerajaan persekutuan mengambil alih cabang pelaburan negara, 69.3 peratus kepentingan ekuiti Khazanah Nasional Berhad dalam Malaysia Airlines (MAS) termasuk sebahagian daripada subsidi minyak jangka panjang oleh kerajaan untuk 60 tahun.
“Rakyat Malaysia menanti pendedahan sepenuhnya perkembangan terbaru itu dalam kerumitan hubungan korporat-kerajaan, dengan “sumber yang dekat dengan Syed Mokhtar” menafikan terdapat cadangan untuk mengambil alih MAS dengan “dua sumber berlainan” mengesahkan bahawa urusan sedemikian sedang difikirkan,” tambahnya.
Bagaimanapun, katanya, isu utama mengenai kebimbangan orang ramai terhadap tadbir urus yang baik di Malaysia sama ada membabitkan skandal kewangan lama yang muncul daripada penswastaan secara menyeluruh dan khususnya mengenai penerbangan milik negara yang bermasalah.
“Selain itu, empayar perniagaan Syed Mokhtar dan hutang meganya membimbangkan sama ada ia akan diselamatkan (bail out) kerajaan menggunakan duit pembayar cukai dan sejarah korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa di dalam senarai panjang Umnoutra yang diselamatkan dengan tanggungan rakyat sejak berdekad lalu.
“PRU-13 adalah waktu paling sesuai untuk meninjau kembali isu yang membimbangkan orang ramai mengenai akauntabiliti, ketelusan dan tadbir urus baik.
“Walaupun Najib telah memberi keutamaan untuk akauntabiliti, ketelusan dan tadbir urus baik dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), semua itu kekal sebagai slogan yang meniti di bibir memandangkan tiada yang berubah dalam bidang itu atau kedudukan rasuah Malaysia seperti digambarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) di bawah Najib lebih buruk berbanding Perdana Menteri sebelumnya – Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah,” katanya.
“Skandal MAS di bawah Najib berterusan sebagaimana Barry Wain, dalam bukunya “Malaysian Maverick”, menggangarkan Malaysia kerugian RM100 bilion di dalam empat skandal kewangan ketika pemerintahan Mahathir.
“Pada PRU-13 nanti, pengundi Malaysia bukan saja perlu menghukum transformasi kosong Najib sepanjang empat tahun lalu, juga menghukum 22 tahun autoritarian dan korup Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003 yang ketika ini begitu rancak berkempen,” katanya.-Roketkini.com
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment