Cerita Zambry:
IPOH - Menteri Besar Perak Zambry Abdul Kadir hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun).
Presiden MIC G.Palanivel baru-baru ini dilapor mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan negeri termasuk pegawai khas dan anggota-anggota majlis kerajaan tempatan sekiranya parti itu tidak diberikan jawatan Speaker Dun.
Zambry berkata sebagai seorang pemimpin, Palanivel tidak sepatutnya terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan bersikap serkap jarang berhubung perkara itu.
"Saya tidak pernah buat sebarang kenyataan berkaitan dengan kedudukan siapa akan jadi speaker kerana masanya belum sampai dan saya tidak boleh umumkan kedudukan itu sekarang.
"Kenapa dia perlu buat kenyataan bukan-bukan, kalau saya ada buat kenyataan bahawa kita akan mencalonkan (Speaker) daripada Umno, MCA atau Gerakan, beliau boleh menyuarakan...ini saya langsung tidak buat kenyataan apa-apa," katanya.- Sumber
...................................
Cerita G.Palanivel :
Palanivel berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mencadangkan supaya jawatan Speaker diberikan kepada MIC.- Sumber
...................................
Cerita BNBBC:
"Palanivel tidak boleh mencari alasan lain untuk mengembalikan popularitnya, termasuk mengheret urusan pentadbiran negeri dengan masalah politik yang sedang dihadapi beliau.
"Tindakan Palanivel ini menggambarkan seolah-olah beliau bukanlah seorang presiden sebuah parti komponen dalam BN ," - Pengerusi Kelab Adun Barisan Basional (BN) Negeri Perak, Datuk Mohd Khushairi Abdul Talib.- Sumber
...................................
Ini adalah malapetaka kebiasaan kepada UMNO BN.
Amat jelas Pemimpin BN saling tidak mempercayai antara satu sama lain...
Sana cakap lain,sini janji lain..
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment