
Jika disorot sejarah politik di Malaysia sejak Merdeka, ada seorang tokoh politik Cina yang cukup unggul. Namanya Dr Lim Chong Eu. Beliau mencipta nama apabila menang jawatan presiden MCA dengan menewaskan Tun Tan Cheng Lock dalam AGM MCA 1958. Waktu itu beliau baru berumur 39 tahun.
Sepanjang memimpin MCA, beliau membuat beberapa perubahan radikal termasuk meminda perlembagaan MCA, menuntut jumlah 40 kerusi parlimen untuk MCA dan mendesak bahasa Cina sebagai bahasa kebangsaan. Kerana tekanan dari luar dan dalam parti, pada 1960 beliau meletak jawatan dan meninggalkan MCA.
Pada tahun 1962, beliau menubuhkan Parti Demokratik Bersatu (UDP) tetapi kurang mendapat sambutan. Pada tahun 1968, beliau bersama Dr Syed Hussein Alattas menubuhkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) dan partinya menang banyak kerusi dalam PRU 1969 serta membentuk kerajaan di Pulau Pinang. Lim Chong Eu dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sejak 1969 sehingga 1990.

Lim Kit Siang ke Pulau Pinang pada tahun 1990 adalah untuk menawan negeri itu dalam sebuah grand design yang dinamakan 'Projek Tanjong I'. Gelombang Projek Tanjong I ternyata membangkitkan sokongan mutlak pengundi Cina Pulau Pinang namun usaha beliau gagal untuk menawan negeri itu. Walaupun DAP menang kerusi terbanyak iaitu 14 kerusi, tetapi BN masih menguasai kerusi majoriti iaitu 19 kerusi apabila UMNO mendapat 11 kerusi, Gerakan 7 kerusi dan MIC 1 kerusi.


Dr Mahathir pemimpin terbilang. Beliau menjadi Presiden UMNO dan PM selama 22 tahun tanpa mampu digugat oleh sesiapa samada Ku Li atau Musa Hitam.
Beliau berjaya merampas semua negeri di Malaysia termasuk Sabah yang beberapa kali dikuasai oleh PBS. Tetapi ada satu negeri yang beliau gagal rampas iaitu Kelantan.
Beliau gagal merampas Kelantan dalam PRU1990, 1995 dan 1999. Kegagalan beliau dikaitkan dengan seorang tokoh ulama' yang juga merangkap Mursyidul Am PAS. Ulama' itu bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Seorang tokoh sederhana tetapi sangat luar biasa.
(Sedutan buku ' 10 Ahli politik Malaysia paling berpengaruh)
Kredit : hijabul crewz
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment