Anugerah “Kenyataan Politik Paling Aib” untuk bulan ini menjadi rebutan tiga pesaing, iaitu Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir, yakni apabila:
- Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar mempersoalkan mengapa beliau dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya perlu meletakkan jawatan sedangkan mereka telah menjalankan tugas mengadakan pilihan raya sambil mengabaikan sama sekali kekecohan di dalam dan luar negara tentang PRU13 yang gagal memenuhi kriteria asas sebagai sebuah pilihan raya yang bersih, bebas, dan adil, sehinggakan buat kali pertama dalam tempoh 56 tahun sejarah negara orang ramai meragui keabsahan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
- Ancaman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan minoriti 47% BN akan menghukum dan mendiskriminasi majoriti 51% pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memberikan kelebihan kepada minoriti 47% yang menyokong Barisan Nasional dan Datuk Seri Najib Razak – ini menimbulkan persoalan sama ada Najib dan Kerajaan BN adalah Perdana Menteri dan kerajaan untuk cuma 47% rakyat Malaysia atau untuk semua rakyat Malaysia.
- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan rasis beliau yang terkini mendakwa keputusan PRU13 adalah bukti kaum Cina di Malaysia hendak menghapuskan kuasa politik Melayu dan mendominasi politik Malaysia. Ini menunjukkan sejauh mana beliau sanggup berbohong dan melakukan perkara keji untuk mengedepankan matlamat-matlamat perkaumannya.
Juri masih belum dapat membuat keputusan siapa di antara mereka bertiga yang berhak meraih anugerah “Kenyataan Politik Paling Aib” kerana ketiga-tiga kenyataan berkenaan hampir sama mengejutkan dan jauh daripada kebenaran.
Ketiga-tiga kenyataan itu juga melupakan sentimen umum di kalangan rakyat Malaysia yang rasional dan patriotik serta meminggirkan Impian Malaysia yang menyatukan bangsa Malaysia yang patriotik, khususnya generasi muda Malaysia.
Anugerah “Kenyataan Politik Paling Aib” untuk bulan lalu kerana ia dengan mudah telah dimenangi oleh Menteri Dalam Negeri yang baru, iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi, yang memberitahu rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara ini agar “berpindah ke negara lain” – bayangkan seorang menteri dalam sebuah kerajaan yang hanya mendapat 47% undi begitu tebal mukanya hingga sanggup menyuruh 51% pengundi dalam negara ini untuk “berpindah ke negara lain”!
Bukankah Zahid yang sepatutnya “berpindah”?
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment