KUALA LUMPUR 8 JUN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, penggubalan undang-undang untuk membentuk akta baru bagi menghukum pesalah yang terbabit dengan penderhakaan kepada raja akan memberi impak negatif kepada negara termasuk ‘dicop’ sebagai ekstrem.
Katanya, akta baru itu tidak perlu dibentuk sepertimana yang dicadangkan oleh seorang bekas hakim kerana Akta Hasutan 1948 mencukupi untuk menghukum individu yang bersalah berkaitan penghinaan terhadap Yang di Pertuan Agong.
“Tak perlu akta baru. Akta Hasutan sudah ada peruntukan untuk undang-undang kepada penderhaka dan akta tersebut sebenarnya perlu dihapuskan.
“Tak mungkin disebabkan segelintir individu yang mempunyai fikiran berlainan, berbeza pendapat kita nak buat akta baru yang bagi pengaruh kepada orang asing yang akan anggap kita semakin ekstrem,” katanya dipetik.
Kelmarin, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan penggubalan undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada raja.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, tindakan perlu diambil kepada penderhaka jika ada bukti-bukti yang mencukupi dan pihak berkuasa juga perlu adil dalam melaksanakan tugas.
“Ada dua pertimbangan untuk pesalah diambil tindakan. Pertama dari segi undang-undang di mana apa yang ditulis ada perkiraan undang-undang, perlu ada siasatan dan sebagainya.
“Kedua, keadilan jangan berat sebelah. Ada banyak ‘posting’ di laman facebook yang bersifat menghina, perkauman dan sebagainya, semua ini perlu dikenakan tindakan yang sama,” kata Rafizi. -keadilandaily
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment