Sunday, October 7, 2012

Ni Bukti #bajet2013 baru-baru ini hanyalah "gula-gula"

TEPAT seperti apa yang pernah diramalkan sebelum ini bahawa segala pemberian secara 'one-off' dalam bajet 2013 baru-baru ini hanyalah merupakan "gula-gula" yang ditabur kepada rakyat dan akan dikutip semula oleh Rejim Barisan Nasional.

Rejim Barisan Nasional yang sudah puas mentekedarah duit rakyat selama lebih 50 tahun itu akan menggunakan jalan baru untuk memerah keringat rakyat. Lihat laporan Utusan Syaitan di bawah ini [Utusan Syaitan].

Utusan Syaitan memetik kenyataan Pengarah Eksekutif Tax Advisory sebagai berkata: 

"Kita tahu jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan kini sedang memberi taklimat dan latihan untuk tenaga kerja yang terlibat dalam pelaksanaan GST".

Apakah maksud kenyataan ini? Untuk apa taklimat dan latihan ini giat dijalankan waktu ini?

Ini maknanya, Rejim Barisan Nasional sudah bersiap sedia untuk melaksanakan cukai baru, Cukai Barangan dan Perkhidmatan, GST (Goods and Services Tax).

Jika sistem cukai GST ini dilaksanakan kelak, maka setiap rakyat negara ini perlu membayar cukai kepada setiap barangan mahupun perkhidmatan secara terus kepada kerajaan.

Dengan kata lain, apa sahaja barangan yang anda beli di negara ini sama seperti anda membeli KFC, McD dan lain-lain. Anda perlu menyediakan wang lebih untuk membayar cukai.

Selebihnya anda baca di SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular