Monday, October 8, 2012

Shafie Sahkan Pembangunan Negeri Sabah Perlahan



Berhubung dengan kenyataan Shafie bahawa pembangunan di Sabah perlahan, saya juga tertanya-tanya bila kah masa nya taraf pembangunan yang telah dilaksanakan negeri-negeri di semenanjung diselaras dengan Sabah dan Sarawak? Mungkin selepas PRU13?

Membicara soal jalanraya;  mengikut lapuran terakhir JKR Sabah, jalanraya disini hanya sebanyak 35 peratus yang diturap permukaan nya. Manakala di semenanjung sebanyak 80 peratus jalan sudah diturap permukaan nya(merangkumi semua negeri disana).


Dalam konteks pembangunan industri ( untuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat),  tidak ada industri yang jelas di Sabah bagi menampung pekerjaan belia-belia sapertimana yang terdapat di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia; saperti Lembah Klang, Pahang, Johor, Perak dan lain-lain lagi.
Kalau pun ada, hanya segelintir sahaja yang boleh dikira dengan jari.
Justeru, kebanyakkan mereka yang terpelajar disini; berhijrah ke Semenanjung atau pun keluar negara saperti Singapura, Australia, Canada dan Amerika.


Pembangunan Koridor Sabah yang diwar-warkan, tidak menampakkan dengan jelas nya kaedah ke arah penempatan pekerja tempatan disamping mengurangkan gejala pengangguran yang maseh ketara disini.
Suka atau pun tidak, senario ini menbayangkan pemimpin-pemimpin  yang dimandatkan oleh rakyat pada PRU12, seolah-olah keliru dengan peranaan mereka sebagai wakil rakyat.
Setahu saya, kebanyakkan dikalangan mereka ini jarang turun padang kekawasan mereka untuk bersama rakyat. 
Jarang bertanya keperluan rakyat dalam jangka pendek dan begitu juga dengan perancangan jangka masa panjang. Kalau pun ada sekadar untuk catatan hiasan.

Ironiknya, rakyat disini masih banyak yang sanggup menerima keadaan mereka yang penuh dengan kemelut kesusahan lagi mencabar itu.
Harapan saya, golongan generasi muda disini, tidak akan terpengaruh dengan apa yang berlaku di timur tengah.  


   
Takut-takut dimasa akan datang,  bilamana keadaan terlalu kritikal, mereka bertindak luar jangka dan bertentangan dengan budaya yang kita amalkan selama ini.

Sumber: The Malaysian Insider

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular