Pandangan balas oleh Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man
terhadap kenyataan bekas timbalan presiden Pas yang memberi ingatan agar
parti itu tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga mengenepikan
prinsip perjuangan (Islam) adalah tepat dan menjawab persoalan yang
mungkin timbul dari cetusan pandangan bekas timbalan presiden Pas itu
yang merasakan dia bijak politik dan seorang ahli Pas yang sejati.
Tuan Ibrahim: Tidak pelik. |
Kata
Tuan Ibrahim ingatan itu bukan pelik dan asing sebab Pas senantiasa
mengutamakan perjuangan dari segala-galanya. Saya dapat melihat ini dan
merasakan kenyataan itu konkrit kerana kalau Pas tidak meletakkan
prinsip parti dihadapan sudah tentu Pas yang kini dipinang, dipujuk dan
diprovokasi dengan berbagai-bagai cara oleh Umno agar berbaik dengannya,
akan menerima bujukan itu.
Umno telah menggunakan semua cara
sama ada dengan bersikap hendak berbaik-baik dengan Pas atau pun dengan
cara terus menunjukkan ego dan memburuk Pas seperti dilakukan Mahathir
untuk menarik perhatian Pas. Perlakuan terhadap Pas juga dilakukan
dengan menghina Pas kononnya telah meninggalkan prinsip asal kerana
berbaik dengan DAP dan PKR.
Tetapi parti itu tetap dengan
pendiriannya, mengambil sikap berhati-hati dengan Umno dan ada kalanya
prejudis dengan parti bersemangat 'kaumiyah' itu. Pemimpin Pas lain
tidak seperti bekas timbalan presiden itu dan beberapa yang lain, yang
lebih meletakkan untuk memenuhi nafsu mereka untuk jadi glamour dan
merasai keempukan kerusi sebagai menteri.
Ulasan Tuan Ibrahim,
Pas memang mengakui berkerjasama dengan PKR dan DAP dalam usaha untuk
mendapat kuasa dan ianya merupakah satu 'maslahat' siasah. Kuasa itulah
nanti menurutnya membolehkan Pas melaksanakan matlamat perjuangannya.
Orang
menganggap dalam hal ini Pas tertipu dengan DAP dan PKR, adalah mereka
yang cetek dan pendek akal dalam politik serta tidak berpijak dibumi
nyata. Mereka juga tidak pernah membalikkan minda mereka yang mana
mungkin juga Pas menipu dan memperdayakan DAP dan PKR? Ini tidak boleh
diketepikan sebab Pas juga menerima prinsip politik Machiavelli. Realiti
politik hari ini sesiapa baik Pas dan Umno tidak mungkin dapat
membentuk kerajaan secara mutlak kerana nisbah pengundi atau kaum yang
tidak memberi kelebihan kepada mana-mana pihak.
Orang yang
menganggap Pas pandir ataupun Mat Jenin kerana bersimpati dengan Anwar
dan menolak Umno sebenarnya merekalah yang pandir dan merasakan dia
seperti Mahathir yang serba tahu!
Hal itu juga dipraktikan oleh
Umno sejak lama dulu dengan menerima konsep kerjasama dengan Cina
menerusi MCA, Gerakan dan dengan India menerusi MIC. Kalau Umno tidak
bekerjasama dengan Perikatan yang kemudian bertukar menjadi Barisan
Nasional tidak mungkin Umno dapat memerintah hingga lebih separuh abad.
Hanya
hari ini setelah jelas orang Cina, India, Dayak, Iban Kadazan Dusun,
Murut dan Oang Asli menolaknya baru Umno merasakan dirinya musafir di
tengah sahara politik dan baru meminta seteguk air dari Pas. Haha...
Justeru
pandangan bekas timbalan presiden Pas itu yang seolah-olah mahu Pas
meninggalkan rakan bukan Islam dalam usaha untuk membentuk kuasa adalah
dangkal dan tidak berpijak di bumi nyawa. Apakah pandangan beginilah
juga boleh dianggap asobiyah seperti mana diterima faham oleh Umno?
Timbalan presiden Pas itu tak ubah seperti budak kecil yang mudah terpengaruh dan gila warna seperti budak kecil belum baligh.
Pada
saya perbezaan pegangan dan pandangan politik akhir-akhir ini yang
menyamai Umno bukan dibuat atas kesedaran dan falsafah politik
sebenarnya sesuai Pas sebagai sebuah badan dakwah, sebaliknya ia dibuat
atas perasaan dan angan-angan kalau ada rezeki beliau akan dipergunakan
Umno dengan harapan diberikan imbuhan jawatan dan kedudukan. Politik
sebegini adalah politik belum baligh.
Saya tidak fikir bekas
timbalan presiden Pas itu tidak menyedari hakikat sebenar hal ini kerana
sebelum ini dia menerima konsep makasid syariah... menerima
persefahaman politik demi kebaikan bersama, bagaimana perubahan
pandangan dan pegangan itu berubah selepas beliau tidak lagi menjadi
timbalan presiden Pas. Semasa menjadi timbalan presiden Pas dia
berpelukan dengan Lim Guan Eng, sementara selepas kalah bertanding
presiden baru dia sedar Lim Guan Eng belum memeluk Islam. Sekali lagi
ini politik belum baligh atau belum datang haid.
Ini jelas
perubahan sikap dan pandangan itu bukan bertolak dari satu kebenaran
melainkan kerana atas rasa kecewa dan sakit hati yang mana ada
unsur-unsur untuk membalas dendam. Saya tidak boleh menghukum atau untuk
menamakan apakah jenis manusia seperti ini. Yang jelasnya orang yang
menukar prinsip atas nafsu dan menggunakan warna Islam untuk kepentingan
diri lebih busuk dan hanyir daripada orang yang jelas-jelas mengkhinati
amanah dan perjanjian yang lari meninggalkan rakan yang memberi simbol
dan ruang kepadanya. Menyesalkan lagi sambil lari meninggalkan rakan dia
terus memburukkan orang yang memberi budi kepadanya.
Saya juga
bersetujuan dengan pandangan Tuan Ibrahim dalam saat menjelang pilihan
raya berbagai pihak akan memainkan peranan masing-masing (setelah
mendapat upah dan jaminan) berusaha untuk melihatakan Pas tidak
sefahaman dengan rakan-rakan pakatan mereka PKR dan DAP. Justeru rakyat
umum hendaknya memerhati sebagaik mungkin setiap isu ataupun
kenyataan-kenyataan 'gelenger' yang dikeluarkan oleh orang politik tanpa
mengira kaum, kelulusan dan parti. [wm.kl.1:19 t/hari 10/10/12] MSO
No comments:
Post a Comment