"Bang, money sudah tak ada nak beli cincin, buat apa abg bagi lagi kat org Kampung Dusun bonuslah, RM500 yia lagi, RM200 beli handphone bijak, beli buku... abg ini sayang ayang ke tak?"
"Mengapa Ayang?" tanya isterinya...
"Ayang, pemeriksa kira-kira kata abg guna duit koperasi macam buang duit dalam lautan... ia kata cara abang guna duit lebih cepat daripada air mengalir daripada empangan... empangan boleh refill dengan hujan... empangan duit ini dah nak kosong..." jelas Najib Dol...
"Betulkan kata ayang, dah tak ada duit, mengapa nak bagi orang kampung Dusun lagi????" desak isterinya...
"Ayang, pemeriksa kira-kira itu akn dedah semua cara abg guna duit tak lama lagi... jadi untuk elak orang kampung Dusun marah, abg bagilah duit kat mereka dulu... mereka ini bekerja dengan abg... dengar bonus dan RM500... sudah tentu mereka merasakan abg ini bos yang baik... jadi mereka taklah terasa sangat bila pemeriksa kira-kira lapor abg dapat jauh lebih banyak daripada mereka..." jelas Najib Dol.
"Ayang, usah bimbang... sabar kejap lagi... 9 bulan shj lagi - kita menang mesyuarat koperasi kali ini, abg tak perlu lagi bg duit kat orang Kampung Dusun... semua lepas ini bagi kat ayang....." tambahnya lagi....
Isterinya bertanya... "Dah seminggu lebih dah abg buat pengumuman bonus, 500 - mengapa laporan pemeriksa kira-kira koperasi tak keluar lagi...."
"Yang, tahun lepas ada kes lembu tinggal kondo terlupa padam... sekarang musuh kita hebat, kes lembu itu abg dah sorok dalam-dalam, mereka nampak juga, jadi kali ini perlu lebih hati-hati... takut-takut ada pula yang bela udang, buat kedai mee udang di kondo sendiri bina atas tanah kerajaan pula.... jadi kena baca dan tutup betul-betul dulu baru leh keluar...." kata Najib Dol.
"Ingat sorok binokular RM50,000 itu juga...," isteri Najib Dol mengingatkan...
"Tahun ini lebih teruk ayang, binokular 10 tahun lalu beli RM100,000 atas alasan ada nilai sejarah...," kata Najib Dol.
"Siapa itu?" isterinya bertanya....
"Mengapa? Ayang nak bunuh dia...?" tanya Najib Dol.
"Tak ada, nak belajar dengan dia. Tahun lepas ayang cuma dapat bil RM40,000 utk sebuah laptop... dia ini lagi hebat... abg kena belajar... nanti ayang boleh besarkan cincin lagi..." kata isterinya....
"Itu ayang tak perlu risau. Abg bagi RM500, bagi bonus - tapi abg juga wujudkan banyak lagi Kedai Najib Dol dan Kedai Telefon Najib Dol supaya mereka guna duit itu pada kedai kita... kemudian abg akan umum cukai baru untuk setiap pembelian... jadi duit yang abg beri penduduk Kpg Dusun sekarang, akan masuk poket kita semula tahun depan... asalkan mereka termakan candu bonus dan duit yang abg bagi dan sokong kita di mesyuarat agong koperasi nanti, siap cerita," kata Najib Dol...
"Bang you are the best," kata isterinya sambil terus menyamarkan lampu bilik....
No comments:
Post a Comment