KLANG – Penduduk Klang serta Pelabuhan Klang
dinasihatkan supaya bersiap sedia berikutan kedatangan fenomena
‘Astronomical Tide’ di mana akan membawa hujan lebat luar biasa yang
dijangka melanda kawasan tersebut dalam masa terdekat.
Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri berkata, fenomena tersebut dijangka berlaku bermula 15 sehingga 18 Oktober ini.
Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri berkata, fenomena tersebut dijangka berlaku bermula 15 sehingga 18 Oktober ini.
“Fenomena ini dijangka akan mengakibatkan kejadian ribut serta berkemungkinan air sungai akan mencecah sehingga 5.6 meter dan menyebabkan banjir kilat di kawasan ini kelak.
“Sehubungan itu, penduduk diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan membuat persiapan awal. Pada masa sama mereka juga dinasihatkan supaya memberi kerjasama kepada MPK dalam menghadapi banjir yang bakal berlaku itu,”.
Beliau berkata, kawasan bandar Klang
yang berada di kawasan rendah serta berisiko kepada banjir. Katanya, MPK
akan sentiasa melakukan pemantauan dan persiapan rapi untuk menghadapi fenomena tersebut.
Dalam pada itu, setiap jabatan yang
bertanggungjawab juga telah bersiap sedia dengan kepakaran masing-masing
untuk menghadapi kemungkinan yang bakal berlaku nanti.
“Penduduk juga dinasihatkan supaya memberi kerjasama dengan menjaga kebersihan di tempat masing-masing termasuk menyelenggara longkang dengan sistematik supaya bebas daripada masalah longkang tersumbat akibat sampah,”
Orang ramai boleh menghubungi talian
bebas tol 1 800 88 23626 atau 03-33716044 , 03-33714404 sekiranya
berlaku sebarang kejadian kecemasan berhubung fenomena tersebut. – Info Terkini @ forblogger.net
No comments:
Post a Comment