Monday, October 8, 2012

Hebat!! Kenduri Perkahwinan Anak Ali Rustam tersebar ke Media Antarabangsa


Berita kenduri raksaksa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam kini sudah menjadi berita antarabangsa.


Badan penyiaran British, BBC melaporkan, kenduri ini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Namun, Ali dilaporkan berkata, kenduri perkahwinan anak beliau yang disertai 130,000 orang ini diuruskan oleh keluarganya sahaja.

Menurut BBC, para pemimpin pembangkang bertanya, bagaimana dia boleh menampung segala perbelanajaan untuk kenduri ini melalui gajinya sebagai ketua menteri.

Menurut wartawan BBC, Jennifer Pak, rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini terpaksa membayar lebih untuk makanan dan petrol selepas kerajaan banyak memotong subsidi.

“Dakwaan rasuah lebih sensitif sekarang,” lapor wartawan BBC itu.

Timbalan Ketua SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, penyiasatan sudah dimulakan dan pihaknya memerlukan masa untuk menyelesaikannya.



“Kita akan menyiasat satu persatu dan melihat berapa banyak wang yang dibelanjakan dan siapa yang membayarnya,” kata beliau sebagaimana yang dipetik BBC dari Bernama.

“Kehebatan majlis perkahwinan ini adalah satu lagi tanda kerajaan yang ada sudah hilang sentuhan dengan rakyat,” kata wartawan kami, lapor BBC.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular