Thursday, October 11, 2012

Panas!!! Belajar Sekolah Bertingkat-Tingkat....Tapi Bodoh Tetap Berlipat-Lipat!

Ini memang kes dasar BODOH atau sengaja buat buat BODOH aku pun dah tak faham... 
Siapa????


Orang orang Najib lah...

Bapak bapak Menteri Pasola,Pemimpin Pemimpin Umno,Ketua Ketua Kementerian dan Jabatan serta peneraju Agensi Agensi dan Syarikat Syarikat Berkaitan Kerajaan...

MAKIN RAMAI YANG DIJANGKITI 'SINDROM BEBALISMA'....sindrom bodoh tak boleh diajar,cerdik pulak tak boleh nak buat contoh pengajaran.

Buat kenyataan ikut suka...bertindak ikut suka emak bapak masing masing...buat kenduri kahwin nak bagi pecah Rekod Dunia dan macam macam kenyataan dan tindakan BEBAL yang langsung tidak menolong BOSS mereka DS Najib.
Terbaru...Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan.

Bukan main bangga,seronok dan gembira nya MANGKUK HAYUN ini mengumumkan kejayaan kamera Automated Enforcement System [AES] merakamkan sebanyak 2,952 kesalahan dalam tempuh 2 hari pemasangan nya yang bakal menghasilkan saman yang akan mengetuk peti surat rumah anda atau saya....RAKYAT YANG BAKAL KELUAR MENGUNDI DI PRU 13 TAK BERAPA LAMA LAGI.


Menjelang akhir tahun ini sebanyak 566 buah kamera AES yang boleh merakam wajah pemandu dan jenis kenderaan akan dipasang di kawasan strategik seluruh negara dan sebanyak 817 buah AED bakal dipasang di kawasan hitam menjelang tahun hadapan.
Dikhabarkan sejak kamera AES ini mula beroperasi 23 Sept yang lalu,ianya telah berjaya merakam 63,558 kesalahan trafik dan kini imej imej yang dirakam itu sedang diproses untuk tindakan selanjutnya.Entah berapa juta saman yang bakal dikeluarkan nanti hasil dari sistem AES ini dan berapa juta RM atau billion RM yang bakal dikutip kerajaan kita hanya dapat membayangkan nya sahaja.Jadi kepada bakal penerima BR1M 2.0 Januari nanti,ada baiknya anda simpan duit yang anda bakal terima itu,mana tau senyuman anda telah dirakamkan kamera AES semasa anda berebut rebut nak pulang berhari raya kekampung tempuhari.Jadi wang yang bakal anda terima mungkin terpaksa DIKEMBALIKAN hasil 'kecerdikan'(baca BEBAL) Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan.
Bukan dia seorang saja yang BEBAL...

Ada sekor dua lagi BEBAL dalam Kementerian yang sama yang bertanggung jawap terhadap pemasangan kamera AES dan AED ini.Yang dah pasti Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Rahim Bakri (gambar atas) bila dia pun dengan bangga bagitau yang SYARIKAT PEMBEKAL SISTEM AES ini bakal menerima komisen RM16 bagi setiap saman bagi lima juta yang pertama.Baca SINI.
SUKA HATI EMAK BAPAK MEREKA JE !!!
Kepada Ah Jib Gor bersedialah menerima padahnya masa PRU13 nanti hasil dari tindak tanduk 'BEBALISMA' orang orang anda sendiri.Jangan masa itu nanti anda terpaksa bermuram durja kerana anda patut happy kerana...
'SMILE COZ YOU ARE ON CANDID CAMERA'
Kah
Kah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular