KUALA LUMPUR, 12 OKTOBER: Laporan Ketua Audit Negara masih belum dibentangkan di Parlimen meskipun sudah dua minggu belanjawan selesai dibahas.
Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkata, langkah melewatkan pembentangan laporan tersebut membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak langsung tidak serius dalam usahanya memerangi korupsi.
“Bagaimana rakyat boleh yakin dengan Perdana Menteri Najib Razak untuk benar-benar memerangi rasuah,” soalnya sambil memetik cadangan Pemandu supaya laporan Ketua Audit Negara dibentang secara berkala sebanyak tiga kali setahun yang langsung tidak dilaksanakan.
“Belanjawan itu, tidak kira berapa cantik pun ia, jika tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancang, tidak banyak beza dengan timbunan sampah,” ujar beliau dalam kenyataannya kepada media semalam.
“Oleh itu, laporan Ketua Audit Negara memainkan peranan penting untuk memastikan wang pembayar cukai dibelanjakan dengan berhemah menurut perancangan asal,” tegas beliau. - Kritisonline
No comments:
Post a Comment