S’gor Umum Ambil Alih Syarikat Tol Minggu Depan, Tol Percuma Januari
INI berita yang baru penulis terima dari sumber yang dekat dengan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.
Kerajaan Selangor khabarnya akan membuat pengumuman untuk mengambil alih beberapa syarikat konsesi lebuhraya (tidak dinamakan) yang beroperasi dalam negeri Selangor, minggu hadapan.
Sumber yang sama juga memaklumkan
penulis bahawa pengambilalihan ini akan membuka jalan kepada
perlaksanaan salah satu janji begitu ditekankan dalam Buku Jingga iaitu
tol percuma di laluan yang dikendalikan semua syarikat konsesi terbabit,
bermula pada Januari 2013.
Sama seperti orang lain,maklumat ini pada penulis agak mengejutkan dan nampak tidak masuk akal pada mulanya.
Tapi dengan mengambil kira pegangan
kerajaan negeri dalam beberapa syarikat konsesi pengendali lebuhraya
sekarang, penulis tidak nampak kenapa kita perlu menolak kesahihan
maklumat ini.
Untuk makluman, setakat yang
penulis dimaklumkan, kerajaan negeri mempunyai kepentingan melebihi 30%
dalam syarikat pengendali lebuhraya KESAS (melalui PKNS), Grand Saga
(Taliworks, Kumpulan Peransang Selangor - KPS) dan SPRINT (KPS).
Ditambah dengan syarat baru yang ditetapkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Mei lalu, agar semua projek lebuhraya yang mahu dijalankan di Selangor pada masa hadapan memerlukan exit clause, keyakinan penulis bertambah.
Exit clause yang dimaksudkan
adalah, pengurusan lebuhraya akan diserah semula kepada kerajaan negeri
setelah syarikat pengendali konsesi mencapai keuntungan – tanpa
mengambil kira tempoh keseluruhan konsesi. Sumber boleh dirujuk disini.
Tanpa dapat disangkal sesiapa, berita ini mampu melonjakkan semula sokongan penduduk Selangor terhadap Pakatan Rakyat.
Tol dalam bandar adalah kos tambahan
yang diketahui sangat membebankan rakyat bandar, tidak kira peringkat,
berbanding tol antara negeri yang dikendalikan PLUS sekarang.
Sudahlah dibebankan dengan bayaran meletak kereta yang tinggi, terpaksa pula membayar tol untuk sampai ke tempat kerja.
Semua inilah yang meningkatkan kos kehidupan rakyat dan Pakatan Rakyat kelihatannya sangat faham dengan keadaan tersebut.
Cuma yang sedikit menimbulkan persoalan
ialah kenapa sekarang, kenapa tidak 3 atau 4 tahun dahulu?
Bukankah
kalau dilaksanakan lebih awal, ia akan memudahkan lagi kehidupan rakyat
dan seterusnya mengesahkan peluang untuk berkuasa semula, bukan sahaja
di Selangor tapi silap-silap menawan Putrajaya.
Tak perlulah kita berceramah hampir di
setiap ceruk tempat meyakinkan rakyat untuk menerima dasar dan polisi
baru Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari BN sekarang.
Bagaimanapun, yang penting ia dapat dilakukan, bak kata peribasa Mat Salleh, better late than never. - SUMBER
No comments:
Post a Comment