[MK]
DAP Sarawak hari ini menafikan dakwaan bekas timbalan presiden PAS
bahawa satu bacaan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian"
diadakan dalam satu majlis makan malam anjuran parti itu selepas pilihan
raya negeri Sarawak tahun lalu.
"Dakwaan itu tidak benar, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab," kata pengerusinya Wong Ho Leng dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Tegasnya, majlis makan malam bersama sukarelawan pilihan raya yang turut dihadirinya itu hanyalah untuk menghargai individu terlibat dan tiada sesi doa dijalankan.
Dalam sidang media sama, setiausaha DAP Sarawak Chong Chien Jien berkata parti itu menganggap dakwaan Nasharuddin itu sebagai satu perkara serius.
Namun, DAP Sarawak tidak akan mengambil apa-apa tindakan ke atas Nasharuddin dan menyerahkannya untuk tindakan di peringkat Pakatan Rakyat.

"Kami serahkan kepada PAS untuk tindakan sewajarnya," katanya.
Berita Berkaitan:
DAP gesa Nasharudin minta maaf
[SH]
KUALA LUMPUR - DAP hari ini menggesa bekas Timbalan Presiden Pas,
Nasharudin Mat Isa meminta maaf kerana mendakwa pernah diadakan satu
majlis kesyukuran di Sarawak tahun lalu, antara lain mendoakan supaya
'Malaysia menjadi negara Kristian'.
Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu mendakwa perkara tersebut tidak pernah berlaku.
Pengerusi
DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, majlis kesyukuran itu bertujuan
untuk menyatakan kesyukuran dan sekali gus menyifatkan kenyataan
Nasharudin merupakan tuduhan yang berniat jahat yang tidak berasas.
Menurutnya,
kenyataan Nasharudin akan menggugat kesejahteraan negara dan DAP akan
membuat laporan polis di atas tuduhan yang tidak berasas itu.
"Kami
jemput semua pemimpin PKR dan Pas negeri untuk menghadiri semua majlis
kesyukuran, mereka tidak berdoa untuk Malaysia jadi negara Kristian.
"Kenyataan
Nasharudin itu tidak benar, kami minta dia mohon maaf dan polis
mengambil tindakan kenyataan yang berniat jahat dan tak berasas,"
katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Dipetik
satu portal berita tempatan semalam, Nasharudin mendakwa satu majlis
kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu, menganjurkan doa supaya
'Malaysia menjadi negara Kristian'.
Beliau mendakwa majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak awal tahun lalu.
Mengulas
lanjut, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, isu tersebut diserahkan
kepada Pas untuk mengambil tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden Pas
itu.
Tambahnya, isu tersebut tidak akan membabitkan Pas kerana isu tersebut bersifat peribadi.
P/s: Berdasarkan laporan di TMI, DAP akan membuat laporan polis tentang hal ini.
Bagi Nasha, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, dan ahli DAP yang lain beragama Kristian.
Lawak yang tidak masuk akal langsung!
Bagi yang mempercayai dakyah Nasha, tolonglah fahami Perlembagaan Malaysia dan logik di balik dakwaan gila itu! - DCM
DAP nafi isu doa negara kristian.
Sudah tentu.
Jika ia keraian terbuka, dijemput pula pelbagai penganut untuk menghadiri majlis tersebut, mengapa pula dap mahu berdoa seperti itu? Ia seperti mengacukan pedang ke leher sendiri.
Harus diingat, doa seperti itu tidak salah.
Jika penganut kristian berdoa mahukan malaysia menjadi negara kristian, itu tidak salah. Siapa kita nak tentukan apa yang penganut kristian patut berdoa dan apa yang mereka tidak patut berdoa? Sama seperti mereka tidak boleh tentukan apa yang kita patut berdoa dan tidak patut berdoa.
Namun, jika ia didoakan secara umum di depan penganut lain, itu boleh jadi isu dan sensitiviti. Bahkan ia di anggap provokasi dan tidak menghormati perbezaan sesama kita. Ini kerana jika mereka di tempat kita, mereka juga akan berkecil ahti dengan kita jika kita terang2 berdoa di majlis terbuka yang di hadiri sesama kita..
Ya Allah swt, ko jadikan lah malaysia ini dianuti kaum muslim semata2, tiada kaum lain selain dari mukmin..
Kalau kristian dengar apa yang dorang rasa?
Kalau hindu dengar apa yang dorang rasa?
kalau buddha dengar apa yang dorang rasa?
Mahu kah dorang bersama2 pas dan perjuangkan apa yang pas perjuangan kalau belum apa2 pas dah doakan secara terbuka di depan mereka bahawa mereka ada niat yang malaysia hanyalah patut di diami oleh muslim semata2?
Lebih lanjut mengenai nya baca disini.
Sekarang kita balik isu asal. Penafian DAP.
DAP Sarawak hari ini menafikan dakwaan bekas timbalan presiden PAS bahawa satu bacaan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" diadakan dalam satu majlis makan malam anjuran parti itu selepas pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.
"Dakwaan itu tidak benar, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab," kata pengerusinya Wong Ho Leng dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Tegasnya, majlis makan malam bersama sukarelawan pilihan raya yang turut dihadirinya itu hanyalah untuk menghargai individu terlibat dan tiada sesi doa dijalankan.
Dalam sidang media sama, setiausaha DAP Sarawak Chong Chien Jien berkata parti itu menganggap dakwaan Nasharuddin itu sebagai satu perkara serius.
Namun, DAP Sarawak tidak akan mengambil apa-apa tindakan ke atas Nasharuddin dan menyerahkannya untuk tindakan di peringkat Pakatan Rakyat. "Kami serahkan kepada PAS untuk tindakan sewajarnya," katanya. -MKINI-
Kena faham ;
1. DAP nafi. Maksudnya tak wujudlah perkara doa mendoakan tue.
2. DAP biarkan PAS uruskan masalah ahli mereka sendiri. Satu pendirian yang bijaksana. PKR kena contoh la. Jangan ikut campur masalah2 ahli2 parti sehinggala parti tersebut memuktamadkan tindakan2 mereka.
3. Ustaz Nasha kena buktikan kata2 dia. Dia bercakap di depan public. Aku cabar dia buktikan kenyataan dia. PAS kena tubuhkan jawatankuasa khas untuk ustaz nasha buktikan statement dia. Jika ustaz gagal buktikan statement dia itu bermaksud kredibliti dah tercemar.
Bercakap tanpa bukti dan statement yang kukuh, ini ka perangai seorang ustaz? Jika ustaz boleh menipu satu perkara seperti neh terang2 di muka kita, apa jaminan ustaz tidak akan menipu mengenai perkara lain pula?
Jika sungguh ustaz menipu, bukan sahaja kena minta maaf bahkan harus didenda kerana menimbulkan konflik untuk melaga2kan sesama penyokong2 pakatan rakyat. Sekarang bola di tangan ustaz, dah bersedia buktikan kata2 anda?
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/10/dap-nafi-isu-doa-negara-kristian.html#ixzz28wr4j3pE
No comments:
Post a Comment