Thursday, October 11, 2012

Air Kelantan: MP Ketereh bidas Pusat

KUALA LUMPUR: Media arus perdana membesar-besarkan masalah air di Kelantan seolah-olah setiap hari ada orang mati kehausan atau penyakit yang disebabkan meminum air kotor.

Ahli Parlimen Ketereh, Ab Aziz Ab Kadir (gambar) berkata, tindakan media yang dikawal Umno ini memburuk-burukkan Kelantan sangat keterlaluan untuk kepentingan politik mereka.

"Negeri Pakatan Rakyat dihentam hari-hari melalui media yang dikawal Umno BN.

"Masalah air umpamanya, diperbesar-besar seolah-olah hari-hari ada kematian kerana haus atau penyakit yang disebabkan minum air tidak bersih," kata beliau ketika membahaskan belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Ab Aziz berkata, Kerajaan Persekutuan seharusnya lebih bertanggungjawab dengan memberikan bantuan segera kepada Kerajaan Kelantan untuk menyelesaikan masalah air yang didakwa mereka sebagai sangat teruk.

"Sepatutnya Kerajaan Persekutuan yang mempunyai peruntukan yang besar segera membantu bukan mengambil kesempatan bagi meraih simpati rakyat," katanya.

Sementara itu, Ab Aziz menyelar sikap pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang menyalahkan kerajaan negeri berhubung kegagalan KADA menguruskan bekalan air kepada petani.

Kerajaan negeri disalahkan akibat pembalakan dan perlombongan pasir.

Sedangkan katanya, kegagalan itu berpunca daripada benteng yang runtuh yang dipercayai kerananya tiadanya penyeliaan yang rapi.

"Pengerusi KADA sentiasa menyalahkan kerajaan negeri tanpa sedikit pun mengakui kegagalan beliau sebagai pengerusi untuk memastikan perancangan dan pemantauan dibuat ke atas benteng tersebut.

Tambah beliau, benteg yang runtuh seharusnya dikawal selia dengan baik dan semestinya pihak berwajib tahu tempoh ketahanan benteng tersebut.

Kegagalan membekalkan air menyebabkan seramai 2,700 petani tidak dapat mengusahakan sawah seluas 10,000 hektar manakala nilaian kerugian dianggarkan RM62 juta. - Harakah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular