KOMPLOT AGENDA BN mainkan isu Soros- Pakatan Terbongkar....
Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros -- seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang -- telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.
Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.
Dengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa mendanai Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.
"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.
"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."
Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.
Bagi menggambarkan perhimpunan "BERSIH 3.0 itu kotor" pula, Anwar didakwa memulakan huru-hara pada 28 April lalu dan beliau sendiri disokong oleh ahli parlimen Australia yang pro-hubungan seks sejenis.
Soros (kanan) menjadi perhatian semula sejak awal bulan lalu apabila kerajaan mempertikaikan dana NGO hak asasi Suaram yang dikaitkan dengan jutawan tersebut.
Ia disusuli laporan konsisten media-media pro-kerajaan yang mengaitkan dana Soros dengan sejumlah NGO lain termasuk pendesak pilihan raya bebas BERSIH dan portal beritaMalaysiakini.
Dana berjumlah ratusan juta ringgit itu kononnya untuk "menggugat" kerajaan. Ekoran itu, kumpulan NGO berkenaan mengugut untuk menyaman New Straits Times yang memuatkan laporan tersebut di muka depannya.
Baru-baru ini pula, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan "undi untuk Pakatan Rakyat bermakna undi untuk Soros" dengan alasan beliau mendalangi usaha "pertukaran regim" di negara ini dalam pilihan raya umum nanti.
Isu-isu lain yang dimuatkan dalam buku panduan ini termasuklah kontroversi Pusat Fidlot Nasional, himpunan BERSIH 3.0, pemerolehan Scorpene, loji pemprosesan nadir bumi Lynas, program Buku Jingga, kematian Teoh Beng Hock, durian runtuh Felda dan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGV), tuntutan pelobi pendidikan Cina Dong Zong dan kritikan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Buku yang ditulis dalam bentuk soal jawab ringkas ini turut memberikan perhatian khusus kepada Kelantan dan Sabah.
Sumpah PM tentang Altantuya
Isu-isu utama berkaitan negeri pimpinan PAS itu dimuatkan dalam tiga bab khas: tuntutan royalti petroleum, pencemaran air paip dan projek ladang rakyat.
Tiga bab lagi ditujukan bagi menjawab isu di Sabah: kebanjiran pendatang asing, tanah adat dan kempen "Sabah for Sabahans".
Bagaimanapun bab terakhir "tuduhan pembunuhan Altantuya (Shaariibuu)" tidak memakai format soal jawab atau penjelasan lengkap seperti bab-bab lain.
Ia hanya memuatkan sepenuhnya sumpah Perdana Menteri Najib Abdul Razak sewaktu menafikan pembabitannya dengan wanita Mongolia itu bersempena kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.
Sementara 22 bab lagi disusun bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan dan senarai program yang dimajukannya.
Dibahagikan kepada tiga, bahagian pertama 'dasar-dasar negara' dimulakan dengan bab-bab berikut: Wawasan 2020, gagasan 1Malaysia, Rancangan Malaysia ke-10 dan program transformasi kerajaan (GTP).
Ia juga menjelaskan tentang Bajet 2012, skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kempen kerajaan mengurangkan rasuah dan kadar jenayah serta langkah mengawal kenaikan harga dan program meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
Satu halaman diperuntukkan untuk menyenaraikan 20 tokoh paling kaya di Malaysia dengan kesimpulan: " ... orang Melayu hanya tiga orang (15 peratus) manakala Cina 16 orang (80 peratus) dan India seorang (5 peratus)."
Ia juga memuatkan statistik-statistik lain yang menunjukkan kemunduran Melayu dalam bidang ikhtisas (profesional), pemilikan ekuiti dan premis perniagaan.
Bab-bab ini diikuti dengan program memajukan bumiputera seperti Teraju sebelum melakarkan "kejayaan negara" di mata dunia.
50,000 naskhah dicetak
Malaysia digambarkan aman makmur walaupun penduduknya berbilang-bilang kaum dan agama; tidak seperti hura-hara yang dialami dalam krisis Asia Barat beberapa bulan kebelakangan.
Buku panduan berbahasa Melayu ini disediakan sebagai rujukan pegawai kempen JASA -- satu daripada beberapa badan utama gerak saraf kerajaan -- dan ia dibuka dengan petikan kata-kata Najib.
"Kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian."
Dalam kata pengantarnya, ketua pengarah JASA, yang juga pemimpin lama Umno, Fuad Hassan berkata buku ini disediakan bagi menjawab sebaran maklumat pantas melalui media Internet.
Pada Mac lalu, menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan Rais Yatim dilaporkan berkata sebanyak 50,000 naskhah akan dicetak, termasuk untuk rujukan orang awam di luar bandar.
Selain JASA, menurut beliau lagi, agensi-agensi yang merujuk buku panduan itu termasuklah Jabatan Penerangan, agensi berita rasmiBernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Satu salinan buku ini diperolehi oleh Malaysiakini bulan lalu sewaktu menghadiri siri penjelasan JASA di Kuala Lumpur berhubung bantahan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan.
Edisi digital buku ini boleh juga diperolehi di laman web rasmi Jasa.
Walaupun bahan-bahan ini disediakan di antara selepas perhimpunan BERSIH pada hujung April lalu dan menjelang penyenaraian FGV akhir Jun, tidak dapat dipastikan bila ia mula dicetak dan diedarkan. Mk
Arkib Berita
-
▼
2012
(2317)
-
▼
10/07 - 10/14
(153)
- Panas!!! Video sex ini akan menggegarkan bumi Mala...
- KOMPLOT AGENDA BN mainkan isu Soros- Pakatan Terbo...
- Oiii UMNO Hang pa Buta ke?? Kaabah di HINA di Nege...
- KWSP : lepas tu ada pinjam lagi ...dan pinjam lag...
- Kalau Tak Salah Kenapa Perlu Takut Mendedahkan Sia...
- Panas ! Mahathir Lebih Bahaya Dari Soros..
- KANTOI!! MAKLUMAT JPJ (Automated Enforcement Syste...
- Gempaq Beb!! Kerajaan BN pun Bagi Air FREEE !!!
- Lengah laporan Ketua Audit bukti BN tidak serius –...
- Kenyataan Nasha mencemarkan nama Islam dan memberi...
- Harga Masjid Bawah BN Selangor – RM 10 Juta, Harga...
- Nasha tembak peluru kapur supaya dipecat?
- Rampas Tanah, Roboh Rumah; Wakil Rakyat Umno Hanya...
- SPRM dicabar dedah kertas siasatan kes Musa Aman
- Petronas bersengkongkol dengan Kerajaan Persekutua...
- Najib enggan dedah penyumbang RM40j pada Umno Sabah
- Kapal USS George Washington Yang membunuh 37,000 R...
- Tahaluf Siyasi dalam konteks Perjuangan PAS di Mal...
- 'kalau gila kuasa dah lama Pas bersama Umno'
- Panas!! Ni Pengakuan Najib: ‘Memang saya ada jumpa...
- GEMPAQ!! PRESIDEN MCA PERTIKAI LAPORAN KETUA AUDIT...
- SPRM putar belit...
- Api adu domba kembali menyala
- Umno terlibat seludup wang ke Hong Kong!
- Siapakah mereka yang kena tipu oleh 'syaitan yang ...
- Jom Lihat 831 Lokasi AES
- Demokrasi ala UMNO : "Tandatangan Atau Tanah Di Ra...
- Panas!! MP BN yakin Najib bertemu Soros?
- Kalau tak nak tolong tak payah menghasut orang lai...
- BN hantar pengundi pemegang kad pengenalan hijau
- LAGI PENDEDAHAN PENIPUAN SPR PEMEGANG KAD PENGENAL...
- Himpunan Kebangkitan Rakyat ditangguh Jan 2013
- 'Maka undi Najib bermakna undi Soros?'
- Imam Hoslan dilepaskan di bawah perintah Parol, pe...
- Panas ! Minggu Yang Kantoi...Buat Tun Mahathir..+V...
- Kantoi!!! Apesal x sama macam yg Menteri UMNO-BN d...
- Panas!!! Najib Kemut Wang Pampasan Buruh Keretapi ...
- ADAKAH LEE KUAN YEW..YANG BAGI SUMBANGAN KEPADA UM...
- RAKYAT JELATA MELAYU JANGAN DI-BODOHKAN TERUS!
- JOM KITA KENALI WAJAH FACEBOOKER UMNO YANG MEMFITN...
- La.. Tangguh lah pulak!!!
- Panas!! Muhyiddin pengkhianat negara??
- GAMBAR-GAMBAR YANG DIPADAMKAN DARI PENGETAHUAN UMU...
- Rakyat Sabah ke Ni???
- PANAS ! NGO-NGO ANTI SUARAM KANTOI...APABILA DITAN...
- Panas!! Kedai Rakyat 1Malaysia Jual Makanan Yang '...
- Gempaq!! MPKB 'menerima' pengiktirafan sebagai Aud...
- UMNO Kantoi!! ni Bukti Belanjawan Pakatan Rakyat a...
- Apa!! Sebuah Kamera AES harganya RM120 ribu sebuah??
- Ini berita fitnah dari admin hehehehe : MP PR di s...
- Alamak !!!!!!... GAMBAR DATUK SERI ANWAR IBRAHIM D...
- Air Kelantan: MP Ketereh bidas Pusat
- Penjawat2 awam ni org sakit mental ke?
- Skim air percuma : DEMO PENIPU DIDALANGI OLEH PENI...
- Panas!! Demonstrasi Membela Nasib SAR DiParlimen.....
- Islam Tunjang utama PAS
- Jawapan buat Nasha : UMNO dah lama 'mengkristian' ...
- Mak Aii!!! Ada Lebih 1538 Pengundi Yang Berumur 10...
- Kantoiii!!! Najib pun pernah jumpa Soros kah kah kah
- PANAS : Muhyiddin bocorkan rahsia parti BN!
- Oiiittt ZAID!!! YANG NAK DI KOREK BUKAN PROSEDUR !!!
- Gempaq!! Nah 'TAMPARAN' buat Najib dari MP BN!!!
- Fakta Tentang Air Percuma di Selangor yg perlu and...
- VIDEO HOT : Pakatan Rakyat's path to Putrajaya #P...
- BANTAH KEHADIRAN KAPAL PERANG ISRAEL & TENTERA AMA...
- Najib Anggap Rakyat Berbaloi Hanya Bernilai 5 sen
- Depa kata 'Menteri Kabinet UMNO Taraf Ketua Kampong'
- Setuju!!! Saman je jika benar FITNAH!!
- Panas!!! Belajar Sekolah Bertingkat-Tingkat....Tap...
- Hutang Talam, jgn biarkan diri anda menjadi mangsa...
- Kes NFC: Shahrizat Kelu & Terkedu, Gagal Jawab Soa...
- Janji DiTepati : ADUN Klias Beaufort diberi tempoh...
- Halakan senapang kepada musuhmu...
- Khasiat Air Kelapa Muda
- Pemimpin tertinggi Hindraf Pilih PKR Untuk Bela Ra...
- Siri Sembang Warung Rakyat (Sembang WaRAK) Episod...
- PELAWAK MESIR DIPENJARA KERANA HINA ISLAM... PEMIM...
- IMAM HOSLAN DAH KELUAR KHIR TOYO APA CERITA SAMPAI...
- GEMPAQ!! Tuan Ibrahim BIDAS Ust Nasha Mahathir tur...
- Saksi UTUSAN Binggung setelah diasak..
- Salahuddin Nafi Putus silaturahim
- Mak Aii!! Garang nya Mad Hassan ni..
- Hebatnya ! : Kedutaan di Doha tutup 3 hari kerana ...
- Guna duit rakyat BR1M tapi dakwa dr BN
- Isu Faekah: Kita tunggu saja keputusan malam ini, ...
- Apa yg Nasha hendak sebenar nya
- Panas!!! Khalid dan Salahuddin PUTUSKAN hubungan d...
- Doa Negara Kristian : DAP Nafi Dakwaan Ust Nasha
- UMNO Kantoi!!! 200 peniaga MELAYU Uptown Bandar Pe...
- Kenaikan harga barangan keperluan harian selepas B...
- Tarif elektrik naik selepas Jun 2013?
- CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS DI UNIVERSITI MALAYSIA P...
- Mahfuz bidas Ust Nasha : 'Nasha telah cabar keputu...
- AKHIRNYA TUN MAHATHIR MENGAKU DIRINYA KINI SUDAH N...
- Bersedia Hadapi Hujan Lebat Luar Biasa
- Gempaq bro!!! Pegawai Penyiasat ROS hantar NOTIS n...
- Tengku Muhammad Fakhry Petra Saman PDRM
- Lagi Bukti Cukai GST akan dilaksanakan dalam masa ...
- Pendatang Asing Tak Gugat Keselamatan : seorang wa...
- Panas!!! Najib buang sistem rating pada video #Tan...
- Ust Nasha Mengingatkan PAS agar tidak mengutamakan...
- Gempaq!! Tol Percuma di SELANGOR mulai Januari 2013?
- Apa??? Mat Sabu kena pukul !!!
- Kenyataan Terbaeek dari Che Gu Bard
- Ini baru betul kepimpinan melalui tauladan... Noh ...
- Jangan lupa jasa kerajaan .. kah kah kah
- Panas!! Nabila Jawab Isu pakai seksi
- Panas ! Skandal Scorpene BERNAMA berbohong -Suaram
- PKFZ : Mahathir Kantoi di Mahkamah
- FAKTA-FAKTA YANG MESTI DIRENUNGI RAKYAT
- Oooppps!!! Cukup sudah, Kasi tukar sama dia..
- Tu dia polis dah turun Padang , kerja untuk UMNO?
- Bas Jelajah Merdeka Rakyat DS Anwar "Kena Serbu"
- Sifu M. Nasir Sertai Parti Pembangkang? +Video
- Selepas puas memfitnah PAKATAN mempolitikkan Masji...
- Mak Aii Seksinya anak Amy search ni!!!
- SURIRUMAH AKUI 'PROJEK MAHATHIR'
- Shafie Sahkan Pembangunan Negeri Sabah Perlahan
- Reuters dedahkan Mahathir beri IC kepada PATI untu...
- Panas ! Bekas Menteri Amno Dedah Skandal TV Bernama
- BN Cuba Sembunyi Fakta Kemiskinan di Sabah
- Hebat!! Kenduri Perkahwinan Anak Ali Rustam terseb...
- Si Najib Dol sepupu Syarip Dol diselar oleh isterinya
- Perkauman, Hishamuddin Pencuri Menjerit Pencuri
- Gaji CEO Tabung Haji tak dibayar sembarangan, kata...
- fatwa baru? Jamil Khir: Kenduri mega 'terpulang pa...
- EDISI KANTOI YANG AMAT MEMALUKAN UMNO!!!!..
- Satu Lagi Kemenangan Moral Buat Pakatan Rakyat..
Artikel Popular Minggu ini (Top 10)
No comments:
Post a Comment