Monday, October 8, 2012

fatwa baru? Jamil Khir: Kenduri mega 'terpulang pada kemampuan'


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyerahkan kepada para menteri untuk menganjurkan majlis kenduri mengikut kemampuan mereka.
"Terpulang kepada kemampuan masing-masing," katanya ringkas ketika ditanya kewajaran pemimpin atau ketua menteri mengadakan majlis mega seperti itu sehingga tercatat dalam Malaysia Books Of Record.
NONE
Menteri hal ehwal agama Islam itu ditanya demikian susulan majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencatat kehadiran sehingga 130,000 orang – dengan kos jamuan dilaporkan mencecah RM600,000.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Jumaat lalu menyatakan bahawa siasatandimulakan ke atas Mohd Ali atas dakwaan rasuah ekoran penganjuran kenduri kahwin mega pada 30 September itu.

Pada hari yang sama, naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein tampil memberi sokongan kepada Ali dengan menyatakan, isu berkenaan sengaja ditimbulkan pihak berkenaan memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

Siasatan SPRM itu dimulakan selepas laporan yang dikemukakan kepada suruhanjaya itu oleh Angkatan Muda Keadilan pada hari sebelumnya.

Laporan itu antara lainnya berdasarkan dakwaan dan dokumen yang dikemukakan MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bahawa terdapat agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan terlibat dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran.

Mahfuz juga mendakwa Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Datuk Yusof Jantan terlibat mempengerusikan persediaan mesyuarat mengenai persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik majlis itu. - Mkini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular