Jabatan Perbendaharaan akui Belanjawan Pakatan 2013 tepat
KUALA LUMPUR 11 Oktober: Analisa yang dibuat Jabatan Perbendaharaan atas arahan Umno BN mengesahkan anggaran kos yang dirangka Pakatan Rakyat dalam Belanjawan 2013 bagi membiayai program ekonominya adalah tepat.
KUALA LUMPUR 11 Oktober: Analisa yang dibuat Jabatan Perbendaharaan atas arahan Umno BN mengesahkan anggaran kos yang dirangka Pakatan Rakyat dalam Belanjawan 2013 bagi membiayai program ekonominya adalah tepat.
Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab merangka Belanjawan Pakatan Rakyat 2013, Rafizi Ramli berkata, angka-angka yang diumum oleh jabatan itu hampir sama dengan angka yang digunakan Pakatan Rakyat sebelum ini.
“Dalam program Pakatan, kita peruntukkan RM6 bilion setahun untuk menghapuskan tol, manakala anggaran terbaru Perbendaharaan juga RM6 bilion. (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin sebelum ini menganggarkan RM50 bilion.
“Kos untuk pendidikan percuma, kita anggarkan RM4 bilion manakala Perbendaharaan mengganggar RM5 bilion. Sebelum ini Umno BN menganggarkan RM18.5 bilion.
“Kos untuk hapus hutang PTPTN pula dianggarkan RM2 bilion, manakala BN tidak memperincikan tetapi bersetuju RM30 bilion boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun dengan kos RM2 bilion setahun,” kata Pengarah Strategi KEADILAN itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Turut hadir, ahli jawatankuasa yang lain termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, seperti yang disiarkan akhbar The Sun semalam mendakwa Belanjawan Pakatan menggunakan matematik yang salah.
Rafizi berkata, pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima, Pakatan memerlukan peruntukan tambahan RM2 bilion, tidak jauh seperti yang dianggarkan Jabatan Perbendaharaan iaitu sebanyak RM4.4 bilion.
Selain itu katanya, untuk Caruman Wanita Nasional dan bonus kepada warga emas, Pakatan memerlukan RM3 bilion setahun, menakala kos tersebut tidak dibantah oleh Perbendaharaan.
Katanya lagi, kenaikan royalti minyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak, Pakatan memerlukan RM12.5 bilion dan jumlah itu turut dipersetujui perbendaharaan.
“Sebelum ini Umno BN juga mengganggar RM12.5 bilion untuk bayaran royalti minyak kepada negeri pengeluar minyak,” kata Rafizi.
Bagi peruntukan untuk pengurangan duti eksais kereta secara berperingkat pula, Rafizi berkata, Pakatan memerlukan RM2 bilion setahun dan jumlah itu turut dipersetujui Perbendaharaan, tidak seperti anggaran Umno BN sebelum ini sehingga RM8 bilion.
Nurul Izzah pula berkata, tuduhan Ahmad Husni kononnya tiada peruntukan menghapus PTPTN, tol, bonus kepada warga emas, dan pelaksanaan gaji minima RM1,100 adalah tidak berasas.
Menurut beliau, peruntukan sepenuhnya telah dibuat dengan kos keseluruhan sebanyak RM50 bilion.
“Untuk menghapuskan tol, kita sediakan RM6 bilion, pendidikan percuma (RM4 bilion), hapus PTPTN (RM2 bilion), gaji minima (RM2 bilion), Caruman Wanita Nasional (RM3 bilion), bonus warga emas (RM3 bilion), royalti minyak (RM12.5 bilion), duti eksais kereta (RM2 bilion), suntikan dana perumahan (RM5 bilion) dan elaun khas perguruan RM500 sebulan (RM2.4 bilion),” katanya.
Naib Presiden KEADILAN itu berkata, peruntukan dibuat dengan mengambil kira penjimatan, ketirisan rasuah dan kronisme.
Sementara itu, Dzulkefly berkata, Belanjawan 2013 Pakatan memperuntukkan RM216.4 bilion.
Katanya ia termasuk belanja mengurus untuk perkhidmatan dan perbekalan sebanyak RM33.7 bilion, pembelian aset (RM1.1 bilion), caj perkhidmatan hutang (RM22.2 bilion), subsidi dan bayaran tetap (RM37.6 bilion), kos perolahan badan kerajaan melalui geran kerajaan (RM7 bilion) dan lain-lain perbelanjaan (RM14.8 bilion).
Bagi perbelanjaan pembangunan pula, Dzulkefly berkata, Pakatan memperuntukkan RM50 bilion untuk projek, infrastruktur, suntikan dan lain-lain.
“Belanja perolehan, kontrak dan pelaburan oleh Petronas dan syarikat-syarikat kerajaan sebanyak RM50 bilion,” katanya.
P/S : Ini membuktikan apa yang ingin dibawakan Pakatan Rakyat adalah BERASAS...bukan RETORIK....Apa macam ...boleh bangkrup ker...kahkahkahkahkah - Pakatan Rakyat Supporters
Kenapa sampai hari ni laporan audit negara dihalang siar?
Apakah yang disembunyikan oleh parti umno/BN selaku parti yg di amanahkan mentadbir negara? - King Jason
No comments:
Post a Comment