KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bagi mengundi di beberapa pusat pengundian.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, perbuatan itu dikenalpasti dilakukan di Dewan Undangan Negeri Tupong oleh petugas KEADILAN.
Justeru, katanya, KEADILAN megecam keras tindakan itu kerana pengundi berkenaan bukan pemastautin tetap yang mempunyai hak dan layak untuk mengundi.
“Kita bantah dan maklumkan jentera di seluruh Sarawak supaya memantau agar tidak berlaku kes seumpama ini.
“Kalau pemilik kad pengenalan PR yang memegang status pemastautin tetap pun tidak boleh mengundi, apatah lagi mereka yang memiliki kad pengenalan hijau,” katanya. - Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11611
No comments:
Post a Comment