Pilihanraya Umum ke 13 bagi sudah hampir tiba. Kalau semak semua kenyataan pembentangan Bajet 2013 tempoh hari yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak, beberapa bantuan akan diberikan pada pada awal 2013. Memberikan “signal” bahawa kononnya Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan pada awal tahun 2013.
Walaubagaimanapun….
Walaubagaimanapun….
Walaubagaimanapun, hati kecil kami kuat mengatakan yang mana Pilihanraya akan diadakan pada bulan November atau selewat-lewatnya Disember 2012 ini….
SPR Malaysia Minta Semak Senaraian Daftar Pemilih & Selesaikan Segera!!
Yang sedihnya, walaupun sudah beberapa tahun Pilihanraya Umum ke 12 pada Mac 2008 sekarang ini semakan daftar pemilih yang dilakukan di portal SPR Malaysia menunjukkan masih ada lagi senaraian daftar pemilih Malaysia yang berumur lebih 100 tahun seramai 1538 orang. Ini apa yang kami perolehi. Yang masih lagi belum dibongkarkan?
Ya…benar kita faham orang dulu-dulu umur boleh senang-senang menginjak melebihi umur 100 tahun. Ini semua disebabkan faktor pemakanan, persekitaran dan cara hidup mereka yang menyebabkan mereka “boleh bertahan lama”. Sekarang?
Tetapi….yang menghairankan kami bagaimana boleh ada begitu ramai rakyat Malaysia dari negeri Perak dalam daftar pemilih di SPR Malaysia melebihi 1538 orang.
SPR Malaysia, apakah alasan anda kali ini?
Yang menakjubkan kami adalah kesemuanya mereka mempunyai hak untuk mengundi?
Kami sempat merakam paparan beberapa butiran daftar pemilih yang berumur 100 tahun di laman web SPR Malaysia. Melayu ada, Cina ada, India ada. Lengkap 1 Malaysia….
No comments:
Post a Comment