Tuesday, October 25, 2011

Tahniah TV3, anda benar-benar hebat!


Mana lebih besar beritanya aduhai TV3

Banyak diperkatakan berkenaan Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang baru diterbitkan semalam. Baru sebentar tadi berita TV3 mengambil “angle” menyerang kerajaan Selangor dan Kelantan yang dikatakan ditegur oleh laporan berkenaan atas beberapa sebab.

Selangor dan Kelantan lebih penting untuk diserang berbanding RM5.56 juta yang dibelanjakan oleh Institut Sukan Negara untuk membeli 23 ekor kuda tanpa “lampu hijau” kementerian kewangan. Lebih penting dari Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) yang telah terlebih bayar antara 177 hingga 2 805 peratus untuk pembelian peralatan bagi bot baru jabatan berkenaan. Lebih penting dari 41 peralatan yang dibeli oleh UITM berjumlah RM1 juta tetapi tidak langsung digunakan lebih setahun. Lebih penting dari RM142 juta yang dibelanjakan untuk satelit RazakSAT tetapi akhirnya terpaksa dihentikan setelah didapati ia lari sejauh 37km dari sasaran!

Tahniah TV3, anda benar-benar hebat!

Tetapi yang lebih menarik perhatian saya secara peribadi adalah laporan berkenaan “National Feedlot Corporation” satu usaha Kementerian Pertanian dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2008 (bawah Pak Lah) di Gemas, Negeri Sembilan kononnya untuk mempertingkatkan pengeluaran lembu daging tempatan dan mengurangkan impot daging.

Menurut laporan audit ini NFC gagal memenuhi sasarannya tahun lepas untuk menghasilkan 8,000 ekor lembu. Sedangkan di bawah Rancangan Malaysia ke 9 menjelang 2015 NFC sepatutnya mengeluarkan 60,000 ekor binatang ternakan berkenaan.

Menurut pemeriksaan audit yang dilakukan tahun lepas ladang berkenaan sekadar memiliki 3 289 ekor lembu.

Lebih malang lagi ada keluarga Menteri yang terlibat.

Dan bagi saya ini lebih hebat, aduhai TV3 kerana antara senarai penerima bintang kebesaran bergelar “Datuk” sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang adalah orang besar NFC ini. Dahlah lari dari sasaran, diberi gelaran kebesaran pula! - Roslan SMS

Siasat Kegagalan Projek Lembu Anak-Beranak Sharizat Jalil RM250 Juta


Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250j


Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan seorang menteri Umno yang dikatakan gagal walaupun menelan belanja besar.

"Kajian awal oleh PKR ini jelas menunjukkan bahawa projek ini telah gagal walaupun menelan belanja jumlah wang rakyat yang besar dan kurniaan tanah seluas 5,000 ekar.

"Malah, ada petani dan penternak kecil yang mempunyai operasi yang lebih besar dan berkesan walaupun tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.


Dakwanya, projek syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd itu dikendalikan suami dan anak-anak menteri itu, bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) untuk memenuhi sasaran 40 peratus (1,500 ekor sehari) permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

Sebaliknya, berdasarkan tinjauan PKR, projek yang beroperasi di Gemas, Negeri Sembilan itu didakwa hanya mengeluarkan sekitar 1,000 ekor lembu dipelihara dan sebanyak 20 ekor lembu disembelih setiap hari.

Sehubungan itu, PKR berpendapat isu itu perlu diberikan perhatian serius kerana ia salah contoh utama bagaimana "penyelewengan" wang rakyat dan mempunyai kesan mendalam kepada kenaikan harga barang.


"Rakyat memerlukan penjelasan segera mengenai kegagalan projek nasional yang menelan belanja besar ini," katanya.

Ahli parlimen Ampang itu juga mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang didakwa terlibat menganugerahkan projek itu - tidak boleh terus berdiam diri. -mk

PKR kutuk Shahrizat: Buat kenyataan segera berkenaan Nat'l Feedlot Corp

KEADILAN menyambut baik keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) untuk memulakan siasatan ke atas National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang dimiliki oleh suami dan anak-anak kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil, seorang menteri kanan dan Ketua Wanita Umno.

KEADILAN telah membawa isu ini ke perhatian rakyat sejak awal tahun 2010 lagi memandangkan kedudukan strategik projek seperti yang didakwa oleh kerajaan dan peruntukan besar yang terlibat.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, Pusat Feedlot Kebangsaan yang dimiliki dan dikendalikan oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd diberi status Projek Berimpak Tinggi dengan sasaran memenuhi 40% permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

Pada hari Khamis, 20 Oktober 2011 satu pasukan peninjau KEADILAN yang diketuai oleh Saudara Mohd Rafizi Ramli (Pengarah Strategi) dan YB Aminuddin Harun (ADUN Sikamat) telah membuat kunjungan tidak rasmi ke Pusat Feedlot Kebangsaan seluas 5,000 ekar di Gemas untuk menentukan prestasi pencapaian pusat tersebut memenuhi sasaran yang ditetapkan.

Hasil dari temuramah dengan pekerja-pekerja, maklumat yang diperolehi adalah seperti berikut:

Jumlah lembu yang dipelihari pada satu-satu masa: Sekitar 1,000 ekor
Asal-usul lembu: Diimport dari luar negara
Anggaran sembelihan setiap hari: Sekitar 20 ekor
Pasaran: Hypermarket seperti Giant, Carrefour dan lain-lain
Anggaran daging lembu yang dikeluarkan sehari (dikira): 3,000 kg
Anggaran daging lembu yang dikeluarkan setahun (dikira): 900,000 kg atau 900 tan

Prestasi operasi ini perlu dibandingkan dengan sasaran yang ditetapkan memandangkan projek tersebut dikurniakan tanah kerajaan seluas 5,000 ekar di Gemas dan mendapat bantuan kewangan kerajaan berjumlah RM250 juta. Oleh itu, prestasi Pusat Feedlot Kebangsaan:

Jumlah penggunaan daging lembu Malaysia setahun: 162,357 tan
% permintaan yang dicapai oleh Pusat Feedlot (dikira): 0.6%
Sasaran % permintaan yang perlu dicapai ditetapkan RMK9: 40%
Jumlah lembu yang perlu disembelih untuk mencapai sasaran: 1,500 ekor sehari
Jumlah lembu yang kini disembelih: 20 ekor sehari

Kajian awal oleh KEADILAN ini jelas menunjukkan bahawa projek ini telah gagal walaupun menelan jumlah wang rakyat yang besar dan kurniaan tanah seluas 5,000 ekar.

Malah, ada petani dan penternak kecil yang mempunyai operasi yang lebih besar dan berkesan walaupun tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan.

Penyelidikan KEADILAN juga menunjukkan bahawa sehingga kini, komponen-komponen operasi yang lain yang diamanahkan kepada syarikat milik suami dan anak-anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil masih belum dilaksanakan walaupun mendapat peruntukan besar.

Selain dari aktiviti mengimport lembu, syarikat ini juga dilantik oleh kerajaan untuk:

1) Membangunkan penternak kecil melalui konsep “penternakan satelit” untuk menggandakan pengeluaran lembu
2) Membangunkan makanan lembu berkualiti
3) Membangunkan baja dari operasi penternakan lembu

KEADILAN berpendapat bahawa isu ini perlu diberi perhatian serius kerana ia salah satu contoh utama bagaimana penyelewengan wang rakyat akibat ketirisan mempunyai kesan mendalam kepada kenaikan harga barang yang menekan rakyat.

Projek ini dilancarkan oleh kerajaan bertujuan untuk mengurangkan import makanan yang memainkan peranan utama kepada kenaikan harga barang makanan yang terpaksa ditanggung rakyat. Walau bagaimana pun, sebahagian besar dari peruntukan kepada projek-projek pertanian dan makanan untuk mengurangkan pergantungan kepada import tidak sampai dan diselewengkan sehingga mengakibatkan import makanan mencecah RM30 bilion setahun sehingga akhir 2010.

Dato’ Seri Shahrizat Jalil sebagai menteri yang berkepentingan dalam projek ini dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bekas Menteri Pertanian dan Agro Industri yang terlibat menganugerahkan projek ini kepada rakan menteri beliau tidak boleh lagi terus berdiam diri. Rakyat memerlukan penjelasan segera mengenai kegagalan projek nasional yang menelan belanja besar ini.

Sekiranya kedua-dua mereka masih berdiam diri sehingga Isnin minggu depan, KEADILAN dan Wanita KEADILAN akan menganjurkan satu lawatan menjejaki lembu ke Pusat Feedlot Kebangsaan di Gemas untuk mendedahkan perkara ini dengan luas kepada rakyat.

YB ZURAIDA KAMARUDDIN, KETUA WANITA KEADILAN/AHLI PARLIMEN AMPAN
RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN
YB AMINUDDIN HARUN, ADUN SIKAMAT, SEREMBAN
Siapa Dibelakang National Feedlot Corporation Sdn Bhd


Projek ini telah dianugerahkan terus kepada sebuah syarikat, National Feedlot Corporation Sdn. Bhd (NFC) yang mana yang mana antara tulang belakang disebalik syarikat ini adalah – Gambar dari (kiri), Wan Izzana Salleh (anak Sharizat) selaku Pengarah Ekskutif NFC, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail (suami Sharizat) selaku Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Wan Shahinur Izran (anak) dan juga Wan Izran Salleh (anak). Wan Izzana Salleh pada ketika “menerima anugerah” melaksanakan projek melibatkan pelaburan sejumlah RM250 juta ini sahaja berumur 20 tahun dan tidak pernah ada pengalaman di dalam sektor penternakan lembu secara besar-besaran seperti ini. GB

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular