Wednesday, October 10, 2012

Panas!!! Khalid dan Salahuddin PUTUSKAN hubungan dgn Ust Nasha

[MK] Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat – Khalid Samad dan Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan memutuskan hubungan dengan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.

Khalid bercakap dalam satu sidang media hari ini bagi mengulas kenyataan Nasharuddin bahawa DAP mahu membentuk kerajaan Kristian.

Katanya, tindakan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan bahawa beliau mengikut arahan "orang di luar PAS".


"Pada saya, tindakannya dirancang oleh orang di luar, seperti Umno, untuk mencetuskan masalah dalam Pakatan Rakyat dan PAS.


"PAS ada majlis syura dan majlis ini akan bersuara ke atas apa-apa usaha oleh parti yang bertentangan dengan Islam.


"Kenyataan Nasharuddin adalah pandangan peribadi dan bukan pandangan (majlis syura)," katanya.


Khalid mendakwa Nasharuddin, yang merupakan anggota majlis syura, tidak pernah membangkitkan perkara itu dalam majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa PAS pusat.


"Kenyataannnya tiada kena mengena dengan PAS dan jika DAP mahu ambil tindakan undang-undang, itu terpulang pada mereka," katanya. - DCM

Khalid dakwa Nasha ada agenda politik

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad mendakwa bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mempunyai agenda politik tertentu sehingga sanggup mengeluarkan beberapa kenyataan, yang dianggap akan menggugat hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, Nasharudin mengamalkan pendekatan politik murahan dengan menimbulkan isu khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, "sebelum ini dia (Nasharudin) mengeluarkan kenyataan yang keahlian (dalam PR) sudah tak penting, ini sudah tak penting, kita tahu itu yang dia nak."

"Ini politik murahan. Kenapa baru sekarang nak keluarkan kenyataan, kita bekerja dengan DAP bukannya semalam, kenapa baru sekarang nak timbulkan isu.

"Bagi saya ini adalah tindakan yang direncanakan dan dirancang oleh Umno dengan tujuan nak timbulkan masalah dalam PR dan Pas," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. 
Sebelum ini, Nasharudin dilaporkan telah mendakwa Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menolak hudud dan anti-Islam sekali gus perkara itu memberi ruang kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus menghentam PR.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular