Friday, October 12, 2012

Api adu domba kembali menyala

4 mak nyah kalah kes guna baju wanitaMenurut Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Sembilan Datuk Siti Mariah Ahmad:

"The court finds that the applicants are embracing Islam as their religion, and thus should not be exempted from the section,"

(Mahkamah mendapati memandangkan pemohon adalah beragama Islam maka mereka tidak terkecuali dari seksyen berkenaan) Seksyen yang dimaksudkan adalah Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (1992) yang melarang lelaki berpakaian seperti wanita di khalayak umum sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Demikianlah apa yang berlaku di Seremban semalam apabila permohonan empat orang lelaki yang dikenali Barat sebagai “transgender” atau yang berpakaian dan berperangai seperti wanita, gagal dalam permohonan mereka mencabar enakmen jenayah syariah berkenaan atas alas an ia bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

Orang Islam di Malaysia sekarang sudah bersedia mencabar peraturan syariah tempatan atas alasan bertentangan dengan hak asasi yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Di Malaysia semua penganut Islam perlu tunduk terhadap undang-undang syariah yang terpakai di negeri masing-masing dan tidak ada sesiapa yang terkecuali, selain dari patuh pada undang-undang Negara dan negeri yang lain yang sedia ada.

Haram hukumnya dalam Islam lelaki berpakaian dan berperangai seperti wanita seperti dalam kes di atas. Undang-undang berkenaan digubal bagi menerima pakai pengharaman berkenaan. Peraturan dunia membenarkan kita mencabar undang-undang bertulis yang ada tetapi adakah kita juga berhak mencabar peraturan Allah?

Permohonan ini membuka pintu kepada perdebatan berhubung undang-undang syariah dan sivil. Sesuatu yang telah diterima pakai zaman berzaman kini menjadi topik perdebatan umum dan sudah pasti terdedah kepada “perlekehan” dan persendaan.

Sebuah portal berita yang kononnya bebas sudah pun memulakannya dengan membawa tajuk “Court ruling on Muslim transsexuals raises alarm over Islam ‘superseding’ Constitution”

Ada elemen yang mudah mahu mengadu-domba dan mencabar sekaligus mahu memandang rendah dan memperlekeh perauran Islam. 

Api yang bahaya ini sudah menyala entah bila kan padam…..wallahualam - roslan sms
4 mak nyah kalah kes guna baju wanita
4 mak nyah kalah kes guna baju wanita

SEREMBAN: Empat mak nyah semalam disahkan gagal mencabar Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 yang menghalang mereka untuk berpakaian wanita.

Permohonan semakan kehakiman yang dibuat 4 mak nyah, Muhamad Juzaili Mohd Khamis, 25; Shukor Jani, 26; Wan Fairol Wan Ismail, 28 dan Adam Shazrul Mohd Yusoff, 26, ditolak Mahkamah Tinggi di sini, atas alasan seksyen itu sah.

Keempat-empat mereka yang bekerja sebagai mak andam cuba memohon agar Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Seksyen 66 enakmen itu tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai kepada mereka yang secara psikologi adalah wanita atau mempunyai kecelaruan identiti jantina. – Info Terkini @ forblogger.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular