Wednesday, October 10, 2012

Lagi Bukti Cukai GST akan dilaksanakan dalam masa terdekat

Najib akan laksana GST dalam masa terdekat?

Berbagai gula-gula telah ditabur Najib ketika beliau membentangkan belanjawan 2013 baru-baru ini.

Antaranya yang paling jelas sebagai satu cubaan memperbodohkan rakyat ialah pengumuman seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta oleh kerajaan.. sedangkan wang tersebut datangnya dari caruman pekerja sendiri.

Dibawah adalah antara apa yang telah dibentangkan oleh Najib dalam belanjawan 2013 pada 28 September 2012 lalu..

1. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun
2. Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.

3. Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.

4. RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

5. Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.

6. Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.

7. Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.

8. Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.

9. Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan

10. Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.

11. Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.

12. Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.

13. Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.

14. Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.

15. Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

16. Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.

17. Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.

18. Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.

19. Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.

20. Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.

21. Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.

22. Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.

23. Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).

24. Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten.
Gula-gula sudah ditabur.. sesuai dengan apa yang pernah Najib ungkapkan dalam Pilihanra Negeri Sarawak dulu iaitu ‘You Help Me, I Help U’ tapi kali lebih sesuai ‘‘I Help U, You All Help Me” maka GST akan dilaksanakan ..

Surat jemputan menghadiri seminar berkenaan GST dari Bahagian Cukai dalam negeri, Jabatan Kastam diRaja Selangor ini dengan jelas menyatakan Kerajaan UMNO/BN akan melaksanakan GST dalam masa terdekat...  - Anak Sungai Derhaka


Lagi sekeping dokumen sila lihat di ( MiLo SuaM )

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular