Monday, October 8, 2012

BN Cuba Sembunyi Fakta Kemiskinan di Sabah


Mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu kerajaan Umno Barisan Nasional cuba menyembunyikan peratus sebenar tahap kemiskinan di Sabah.

Namun, jelasnya lagi walaupun sepandai mana kerajaan ingin menyembunyikannya, masyarakat dunia tetap mengetahuinya.


"Menurut kajian Bank Dunia pada tahun 2012 yang disiarkan dalam Malaysia Economic Monitor, kadar kemiskinan di Kelantan adalah jauh lebih baik berbanding Negeri Sabah.


"Di mana rakyat Sabah yang paling ramai dibelenggu kemiskinan adalah daripada suku kaum Rungus, Orang Sungai dan etnik Suluk," jelas beliau selaku Ahli Parlimen Beaufort di Dewan Rakyat ketika membahaskan Bajet 2013.

Tambahnya lagi, Sabah juga mencatat kadar kemiskinan bandar tertinggi di Malaysia dengan saiz isi rumah purata terbesar di Malaysia dari segala segi.

"Kerajaan Umno-Barisan Nasional gagal menyelesaikan masalah rakyat Sabah, walau pun kerajaan setiap hari mengangkut hasil negeri dan memberi kemewahan kepada Kerajaan Persekutuan.

"Namun rakyat Sabah hanya menerima sedekah ehsan daripada kerajaan dan mereka tidak ikhlas dalam membangunkan rakyat Sabah dan Sarawak," ucap beliau lagi.

Lajim juga turut mempersoalkan peruntukan yang besar iaitu sebanyak RM236 juta bagi program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Azam Niaga, Azam Khidmat, Azam Tani dan Azam Kerja tetapi masalah kemiskinan tetapi membelenggu rakyat Sabah.

Katanya, usaha membasmi masalah kemiskinan tegar oleh kerajaan ternyata gagal, ini adalah kerana pemimpinnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada program pembasmian kemiskinan terhadap kumpulan sasar dan mereka hanya memikirkan agenda politik sahaja.

"Rakyat Sabah terus dinafikan pembangunan apabila dipinggirkan dari arus pembangunan pesat negara yang dinafikan akses fasiliti dan infrastruktur, mesti pun Sabah sudah merdeka melalui Malaysia sejak tahun 1963 lagi.

"Jadi tidak mustahil jika Bank Dunia mengisytiharkan Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia apatah lagi rakyat terus terbeban dengan potongan subsidi gula sebanyak 20 sen," sambung beliau lagi

Beliau yang sempat menyatakan bajet 2013 ini umpama bajet untuk membuai rakyat, namum rakyat Sabah sentiasa memerhati dan sedia membuat satu perubahan agar Sabah terus maju selari dengan semenanjung pada masa akan datang. - Harakah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular