Tuesday, July 9, 2013

Tu dia!!! Kos perkhidmatan bas PLKN naik 500%?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari (gambar) ingin menarik perhatian kerajaan berhubung dengan kos pengurusan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang tidak cekap dan gagal mengoptimumkan kemudahan yang diperuntukkan.

Ini, katanya lanjutan daripada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him kepada Menteri Pertahanan berhubung dengan kualiti perkhidmatan kem latihan khidmat negara,

Katanya, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, sehingga 31 Disember 2011, Kementerian Kewangan telah meluluskan sebanyak 87 kem yang beroperasi di bawah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Menurutnya, sehingga tempoh pengauditan, sebanyak 81 kem sedang beroperasi, tiga dalam pembinaan, dua ditutup sementara dan satu kem masih menunggu Surat Setuju Terima.

Beliau berkata, seramai 596,604 pelatih telah menyertai program ini bagi tempoh tahun 2004 hingga 2011 sementara bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, sebanyak RM2.031 bilion telah diperuntukkan di mana RM1.980 bilion atau 97.5% telah dibelanjakan.

Pada tahun 2011, ujarnya Jabatan Audit Negara telah melawat tujuh kem PLKN, iaitu Kem Paya Indah, Selangor; Kem Princess Haliza, Selangor; Kem Sri Perkasa Mantin, Negeri Sembilan; Kem Cahaya Gemilang, Pahang; Kem White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang; Kem KK Di Bawah Bayu, Sabah; dan Kem PLKN Bukit Saban, Betong, Sarawak.

Hasil daripada audit tersebut, katanya Laporan Ketua Audit telah mendapati kepincangan besar dalam kos perkhidmatan bas kerana sebelum tahun 2010, JLKN telah membayar RM1.35 juta bagi perkhidmatan bas di ketujuh-tujuh kem tersebut.

“Bayaran ini telah dibuat mengikut perjalanan dan bukan sewa bulanan,” ujarmya dalam satu kenyataan.

Namun begitu, kata beliau bagi tahun 2010 dan 2011 pula, semenjak kuatkuasanya kontrak perkhidmatan selama lima tahun dengan Syarikat GPB Corporation Sdn Bhd, JLKN telah membayar RM5.36 juta setiap tahun untuk tujuh kem yang sama.

“Ini adalah peningkatan mendadak lima kali ganda atau 500 peratus dan jelas satu pembaziran sumber kerana perkhidmatan bas tidak dioptimumkan,” ujarnya lagi.

Menurut laporan yang sama, kata beliau bayaran bulanan berjumlah RM17,014 bagi sebuah bas atau RM85,072 bagi setiap kem pada tahun 2010 dan 2011 tidak setimpal dengan bilangan penggunaannya.

Analisis Audit, ujarnya mendapati purata penggunaan bulanan bas adalah hanya antara 2 hingga 15 kali bagi tahun 2010 dan antara satu hingga 18 kali bagi tahun 2011.

Malah, kata Zairil terdapat kem PLKN yang gagal mengemukakan log perjalanan bas.

“JLKN telah memberi maklum balas pada 13 Jun 2012 yang mendakwa kontrak perkhidmatan bas diperlukan bagi memudahkan Jabatan membuat perancangan perjalanan dan pengurusan menjadi lebih sistematik tidak boleh diterima kerana kekerapan penggunaan bas yang rendah dan melibatkan peningkatan kos sehingga 500 peratus,” katanya lagi.

Oleh itu, kata beliau Menteri Pertahanan harus menjawab soalan-soalan berikut:

1. Laporan Ketua Audit ini hanya meliputi tujuh buah Kem Latihan Khidmat Negara yang terpilih sahaja. Apakah kos sebenar untuk kesemua kem latihan di seluruh negara? Berdasarkan kos RM5.36 juta setahun untuk tujuh kem, kos perkhidmatan bas bagi 81 kem mungkin mencecah RM434 juta.

2. Apakah alasan sebenar JLKN untuk menukar kaedah sewaan perkhidmatan daripada berdasarkan jumlah perjalanan kepada sewaan bulanan yang melibatkan peningkatan kos sebanyak 500 peratus yang tidak setimpal dengan penggunaan?

3. Bagaimanakah kaedah syarikat bas ini dilantik dan apakah perincian perjanjian tersebut?

4. Apakah tindakan JLKN untuk menghentikan pembaziran yang tidak masuk akal ini?

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular