Wednesday, July 10, 2013

BOLEH PERCAYA KE? Tiada unsur rasuah PRU-13 di Pulau Pinang

Hasil siasatan terhadap tujuh laporan berhubung dakwaan berlaku politik wang semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Pulau Pinang, mendapati tiada unsur rasuah terlibat.

BOLEH PERCAYA KE? Tiada unsur rasuah PRU-13 di Pulau Pinang - SPRMPengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, Datuk Samarajoo Manikam berkata, hasil siasatan tidak mengesan sebarang kesalahan di bawah akta SPRM berdasarkan keterangan beberapa saksi.

"Kita dah memanggil dan merakamkan percakapan daripada saksi...mereka pun tak tahu siapa yang beri. Jadi, kalau mereka tidak boleh membuktikan apa-apa kesalahan di bawah akta kita, ia agak sukar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi penerangan dan dialog bertajuk 'SPRM Bebas dan Telus' bersama ketua-ketua jabatan kerajaan dan parti politik di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tujuh laporan berhubung politik wang semasa PRU-13 yang dibuat oleh tujuh calon pakatan pembangkang yang tewas.

Pada 14 Mei lepas, lima calon PKR Datuk Abdul Halim Hussain (Teluk Bahang), Mohd Tuah Ismail (Pulau Betong), Norhayati Jaafar (Teluk Air Tawar), Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman (Pinang Tunggal), dan Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau) serta dua calon PAS Asnah Hashim (Bayan Lepas) dan Rosidi Hussain (Penaga) membuat laporan di ibu pejabat SPRM negeri atas dakwaan berlaku pembelian undi.

Sebelum ini, media melaporkan terdapat sekumpulan orang awam telah menebus baucar yang didakwa diberikan sebelum hari mengundi di tiga lokasi di Sungai Dua, Pulau Betong dan Tanjung Bungah.

Mereka layak untuk menukar baucar berkenaan dalam bentuk tunai jika calon tertentu di kawasan terbabit memenangi pilihan raya itu.

Samarajoo berkata, hasil siasatan itu telah dirujuk kepada Peguam Negara dan siasatan terhadap laporan berkenaan telah dihentikan.

Sementara itu, beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga 8 Julai 2013, SPRM Pulau Pinang menerima 239 maklumat berkaitan rasuah di mana 120 maklumat disiasat di bawah akta SPRM manakala bakinya dirujuk ke bahagian lain.

Katanya, sebanyak 16 tangkapan telah dibuat melibatkan sembilan penjawat awam dan tujuh orang awam, dan dalam tempoh itu sebanyak 11 pertuduhan telah dikenakan.
- Bernama

Pembelian undi besar-besaran di Pulau Pinang didedahkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendedahkan pembelian undi besar-besaran di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, dipercayai melibatkan peruntukan berjuta ringgit.
Katanya, perancangan cukup rapi dan sistematik itu dilakukan pihak tertentu dengan pemberian voucher kepada pengundi, yang kemudian ditebus dengan wang tunai selepas pilihan raya.

Katanya, sejak Jumaat lalu, pengundi di beberapa kawasan dikesan membawa voucher tersebut untuk mendapat bayaran. Antaranya di DUN Sungai Dua di Bayan Baru, DUN Pulau Betong di Balik Pulau dan DUN Tanjung Bungah.
“Masa PRU, pihak berkenaan telah beri voucher dan beritahu pengundi kalau BN menang, mereka boleh dapat special bonus. Selepas PRU, mereka mula memberi special bonus ini. Pengundi dibayar dengan anggaran RM120 hingga RM200 setiap seorang,” ujarnya.

Menurutnya, Laporan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah dibuat bersama bekas Speaker Pulau Pinang, Datuk Halim Hussain Jumaat lalu, namun tiada tindakan diambil.


Malah ketika beliau melawat tempat berkenaan semalam dan kelmarin, pemberian tunai tersebut masih terus berjalan.

“Ini kes yang besar kerana menunjukkan pembelian undi besar-besaran berlaku di Pulau Pinang dan kita tidak nampak ada tindakan.

“Di tempat yang kita kalah, semuanya kalah dengan marjin yang cukup rendah. Maka mungkin pengundi dipengaruhi dengan pemberian special bonus untuk mengundi Barisan Nasional,” ujarnya.

Menurutnya, pihaknya mengesyaki pembelian undi itu dilakukan di banyak tempat, membabitkan puluhan ribu pengundi dan peruntukan jutaan ringgit.

“Siapa yang mempunyai kekuatan organisasi yang begitu besar untuk mengagihkan wang berkenaan dan kenapa pihak berkuasa tidak ambil tindakan?” Soalnya.

Menurutnya, pagi tadi, enam calon DUN dan seorang calon parlimen dari Pakatan Rakyat, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.

Mereka ialah Datuk Abdul Halim Hussain (Dun Teluk Bahang), Mohd Tuah Ismail (DUN Pulau Betong) Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Parlimen Balik Pulau) Roshidi Hussein (DUN Penaga), Norhayati Jaafar (DUN Teluk Air Tawar) dan Ahmad Zaki Yuddin Abd Rahman (DUN Pinang Tunggal).

Laporan itu dibuat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana memberi wang sogokan atau rasuah sama ada sebelum, semasa dan selepas pilihan raya. ASD

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular