Tuesday, July 9, 2013

Panas!! UMNO akan failkan petisyen jika PAS menang di Kuala Besut ??

Ust Azhar Idrus dibwa untuk gempur Kuala Besut
MARANG - Pemuda Pas Terengganu akan menggerakkan jenteranya bagi menghadapi PRK Dun Kuala Besut kerana ia penting, bukan sahaja di peringkat negeri, malah nasional.
Azhar Idrus
Ketuanya, Mohd Nor Hamzah yang juga Adun Bukit Payung berkata, selain berkampung di Kuala Besut, Pemuda Pas juga menerapkan strategi sentuhan mesra kepada pengundi terutama anak muda sebagaimana tradisi dilakukan parti itu.

“Kita akan menurunkan tokoh dan ikon anak-anak muda, antaranya Ustaz Azhar Idrus (UAI).

“Insya-ALLAH dengan sentuhan mereka ini, anak muda akan membuat perubahan pada PRK ini,” katanya yang turut meminta jentera Umno tidak bertindak agresif bagi memastikan perjalanan PRK Kuala Besut lancar.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keputusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan tarikh PRK pada bulan Ramadan, beliau tetap optimis, malah mengajak anak muda mengambil semangat daripada kisah Perang Badar.

“Jika SPR mengadakan PRK pada bulan Syawal sekalipun, ia tidak menjadi masalah kepada pejuang Pas,” katanya.

Terdahulu :
http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn2/7795_594990293867582_995998251_n.jpg
Kempen yang memaparkan kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, antara alasan yang dikemukakan BN dalam lima petisyen yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kelantan.

Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai.

Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa, Pas menggunakan banyak pengaruh tidak wajar, antaranya Azhar dan Ustaz Zahazan Muhammad, bagi menarik sokongan pengundi di Kelantan.
“Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama - sila baca di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular