Wednesday, July 10, 2013

Terikini!!! SAH PAS pilih ‘Che Long’, muka baru jadi calon Kuala Besut, PR sokong sebulat suara calon PAS

PAS memilih muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan,  Azlan Endut@Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long.
Hj hadi awang presiden pas sdg berpidato majlis umum calon di kuala besut
Saudara Azlan Yusof @ Che Long diumumkan sebagai bakal calon N01 Kuala Besut. InsyaAllah, kita usahakan untuk mencapai kemenangan di Dun ini.
Allahuakbar!!

Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru, Kuala Besut, kawasan yang dikhaskan sebagai kawasan industri perkayuan di daerah ini.

Rumahnya tidak sampai setengah kilometer dari Markas Besar PAS yang terletak di Kampung Baru.

Nama Che Long dijangka diumumkan sebagai calon oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar lagi dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut.

Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.

Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.

Pemilihan Che Long adalah satu perubahan pendekatan yang diambil oleh PAS dalam menghadapi PRK ini kerana dua lagi calon yang disenaraipendekkan untuk pilihan raya ini adalah ustaz.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

PRK itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK DUN Kuala Besut.

Pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu, A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. BN menang dengan majoriti 2,434 undi. - 9 Julai, 2013. TMI

PR sokong sebulat suara calon PAS PRK Kuala Besut
KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Pakatan Rakyat (PR) hari ini sepakat menyokong penuh calon PAS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, 24 Julai ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media bersama di Parlimen hari ini menyatakan sokongan padu kepada calon PAS yang bertanding pada PRK Kuala Besut.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menegaskan DAP sebulat suara akan memberi sokongan penuh untuk memastikan PR menang pada PRK itu.

“Kami akan memberi sokongan padu kepada calon yang dipilih bertanding dan meminta semua pengundi agar keluar beramai-ramai memberi undi supaya calon PAS memperoleh kemenangan serta memberi kejutan terbesar kepada BN,” katanya.

Husam pula berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan calon itu selewat-lewatnya malam ini.

“Kami akan bekerja kuat dan memastikan calon PAS itu akan memenangi PRK Kuala Besut, 24 Julai ini.

“Kami juga berharap rakyat tempatan akan memikirkan manafaat yang lebih menyeluruh untuk mereka dengan memberi kejayaan kepada PR.

“Terengganu adalah negeri pengeluar petroleum tetapi penduduk tempatan Kuala Besut adalah yang paling miskin di negeri itu, ini sangat tidak wajar,” ujarnya. – Roketkini.com

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular