Tuesday, July 9, 2013

PRK Kuala Besut : Calon ‘muda’ diumumkan sebagai calon BN

Tengku Zaihan, calon BN bagi PRK N.01 Kuala Besut
KUALA BESUT - Calon ‘muda’ diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan dewan undangan negeri (DUN) N.01 Kuala Besut bagi mengisi kekosongan setelah kematian allahyarham Dr A.Rahman Mokhtar.
Calon tersebut, Tengku Zaihan Che ’Ku Abdul Rahman (dalam gambar, bertopi dan berdiri di antara YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Adnan Mansor) merupakan seorang profesional muda dalam bidang kejuruteraan dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang politik semasa.

Pengumuman calon BN tersebut dibuat oleh timbalan pengerusi BN pusat, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dataran Kuala Besut sebentar tadi.

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular