Wednesday, July 10, 2013

Mahkamah tolak petisyen Pas batal keputusan PRU13

KOTA BHARU - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan Pas untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dun Selising yang dimenangi BN pada PRU13 lalu.

Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian.

"Petisyen itu tidak disampaikan dengan sempurna dan dengan ini petisyen ini tidak sah dan ditolak dengan kos," katanya ketika membacakan keputusan itu.

Zamani kemudiannya mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000.

Pada PRU13 lalu, Dun Selising dimenangi calon BN Zulkifle Ali yang mengalahkan calon Pas, Saipul Bahrim Mohamad dan calon Bebas, Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi.

Petisyen itu difailkan Pengarah Pilihan Raya Pas Dun Selising, Semsudin Muhammad.

Pada prosiding hari ini, Zamani turut menolak bantahan awal yang difailkan defendan-defendan daripada Pas bagi membatalkan petisyen bagi kawasan Parlimen Bachok, DUN Jelawat dan DUN Gaal yang dibuat oleh BN.

Zamani mengarahkan defendan membayar kos RM30,000 bagi setiap bantahan awal yang ditolak itu.

Sehubungan itu, beliau menetapkan sembilan hari iaitu dari 12 hingga 15 Ogos dan dari 18 hingga 22 Ogos ini untuk tarikh perbicaraan bagi petisyen kawasan Parlimen Bachok dan DUN Jelawat, serta dari 1 hingga 5 Sept untuk tarikh perbicaraan petisyen Dun Gaal.

Bagi kawasan Parlimen Machang, Zamani menetapkan 16 Julai ini untuk mendengar keputusan bantahan awal dan jika ditolak, beliau menetapkan 8 hingga 12 Sept sebagai tarikh perbicaraan. SH

KOTA BHARU: Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Zamani Abdul Rahim hari ini menolak petisyen difailkan PAS bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selising.

Ekoran itu peguam Hanipa Maidin (gambar) berkata, PAS bercadang mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan hakim tersebut.

Manakala bantahan awal dikemukakan PAS terhadap petisyen kawasan parlimen Bachok, Dun Gaal dan Dun Jelawat juga ditolak dengan kos kerana dianggapnya tidak ada merit.

Hakim menetapkan kos sebanyak RM30,000 bagi setiap satu petisyen.

Bagaimanapun Hanipa meminta dikurangkan jumlah tersebut, lebih-lebih lagi sekarang sempena bulan Ramadan dan hakim terbabit juga pertama kali mengendalikan kes petisyen.

Ekoran itu hakim menetapkan 12 hingga 15 dan 18 hingga 22 Ogos bagi pembicaraan petisyen parlimen Bachok dan Dun Jelawat.

Manakala bagi Dun Gaal pula ditetapkan perbicaraan pada 1 hingga 5 September.

Sebelum ini PAS memfailkan petisyen bagi Dun Selising, Air Lanas dan Kok Lanas, manakala PKR bagi parlimen Machang dan Ketereh.

BN pula memfailkan petisyen bagi Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Dun Gaal, Dun Mengkebang dan Dun Manek Urai.

Pada pilihan raya umum lalu Dun Selising dimenangi BN dengan majorit1 104 undi. Dun Air Lanas juga dimenangi BN majoriti 47 undi dan Dun Kok Lanas (BN) 169 undi.

Parlimen Machang dan Ketereh pula dimenang BN. Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manek Urai dimenangi PAS.

Barisan peguam PAS diketuai Hanipa turut disertai beberapa lagi peguam termasuk Hisham Fauzi, Zulkifli Alawi, Rashid Mohamad, Firdaus Mohd Yusof, Ahmad Mustaki, Sharuddin Mohamad dan Mumtaza Mohd Mokhtar.

Manakala Datuk Mohd Hafarizam Harun, Abu Bakar, Nor Azli Ahmad, Alias Mohd Nor dan Rohana Ariffin mewakili Umno.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula diwakili Azizan Arshad.

Perbicaraan hari ini juga menyaksikan perdebatan antara Hisham dan peguam mewakili Umno. Hafarizam membantah kehadiran Sivarasa, Latefa Koya dan Hafeez sebagai peguam PKR bagi petisyen parlimen Machang.

Hafarizam menyifatkan tiga peguam terbabit tiada autoriti kerana tidak dilantik pada peringkat awal ketika petisyen dikemukakan.

Namun hujah itu dibantah Hisham yang menyifatkan Sivarasa sepatutnya diberi peluang berhujah memandangkan pempetisyen ada hasrat melantik mereka.

Hakim kemudian membuat keputusan menerima bantahan tersebut dan Sivarasa tidak ada hak untuk mewakili pempetisyen.

Hakim juga menetapkan pada 8 hingga 12 September bagi mendengar bantahan awal petisyen parlimen Machang dan perbicaraan kes berkenaan sekiranya bantahan awal ditolak.

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular