Wednesday, July 10, 2013

Sokong anak pun salah

'Adakah salah jika saya sokong anak?' 
Abdul Halim Abdul Hamid berkata beliau hairan dengan tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya, ekoran kehadirannya dalam satu perhimpunan nyalaan lilin di Jinjang sebagai sokongan ke atas anaknya yang ditahan di satu lokap di situ.

“Setiap kali rakyat berhimpun secara aman, mereka dituduh membuat kesalahan,” katanya kepada wartawan di luar balai polis Sentul selepas memberi kenyataan, semalam.

Katanya, beliau hadir ke perhimpunan pada malam 24 Jun di luar pusat tahanan berpusat itu sebagai tanda sokongan ke atas Adam Adli dan 31 aktivis lain yang ditahan di situ.

“Adakah menjadi satu kesalahan untuk menyokong rakan dan rakyat?,” soalnya.

Terdahulu pada petang 24 Jun itu, Adam bersama lebih 100 orang yang lain berhimpun di luar Parlimen bagi menyerahkan memorandum yang membantah penipuan pilihan raya.

Beberapa orang dari anggota kumpulan tersebut ditahan selepas satu pergelutan dengan anggota polis yang berkawal.

Selain Abdul Halim turut disiasat ialah MP Bayan Baru Sim Tze Tzin.

Bercakap kepada wartawan semalam, Sim berkata siasatan tersebut berkait dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai satu gangguan.

“Saya rasa lebih baik polis memfokuspan pada usaha memerangi jenayah,” katanya. mk

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular