Tuesday, July 9, 2013

Terkini tentang Dr Muhammad Morsi..Tentera khas Penjaga Presiden telah menangkap lebih 30 orang polis yang dihantar untuk menangkap Dr Muhammad Mursi.

1-Presiden Morsi dalam keadaan baik dan sihat.

2-Beliau menyampaikan pesanan supaya tidak putus asa dan akan ke kerusi Presiden semula.

3- Tentera khas penjaga Presiden tidak akan mengiktiraf presiden selain Presiden Dr Muhammad Morsi.
4- Tentera khas Penjaga Presiden telah menangkap lebih 30 orang polis yang dihantar untuk menangkap Dr Muhammad Mursi.

5- Tentera suruhan Menteri Pertahanan As-Sisi mengancam untuk menggempur tempat jagaan Presiden dan membunuh semua penjaga Presiden.

6- Presiden tidak akan diberikan kepada penunjuk perasaan dikhuatiri ancaman tembakan oleh helikopter Apache yang berlegar di luar bangunan.

7- Sebanyak 7 buah negara telah memutuskan hubungannya dengan Mesir atas tindakan rampasan kuasa oleh tentera ketika ini.

8- Rejimen tentera Lapangan kedua dilaporkan akan memberi kenyataan bahawa mereka mereka bersama ketua angkatan tentera yang sah Dr Muhmmad Morsi.

9- Beberapa kumpulan tentera dalam barisan askar juga dilaporkan akan buat yang serupa.


Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular