Tuesday, July 9, 2013

Jamil Khir kata 'Batal rang undang-undang tukar agama bukan akibat tekanan'

Tindakan kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Akta Pentadbiran Islam (Wilayah Persekutuan) 2003 bukan disebabkan desakan dan tekanan pihak tertentu.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kerajaan berbuat demikian untuk memperkemas undang-undang berhubung penukaran agama anak.


“Kita tidak menerima tekanan daripada sesiapa malah kami (Kabinet) sepakat dan sebulat suara untuk menarik balik rang undang-undang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas KAFA dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, hari ini.

Jamil berkata, kerajaan prihatin dan mahu menjaga kepentingan semua pihak dalam usaha memperhalusi lagi rang udang-undang berkenaan.

“Sebarang pindaan hanya dilakukan selepas rundingan dan pendapat semua pihak diperoleh. Pandangan pihak berkepentingan juga diambil kira,” katanya.

Dalam sidang Parlimen hari ini, Jamil Khir mengumumkan bahawa kerajaan menarik balik hasrat mereka bagi membentangkan pindaan kepada Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013.

Kabinet sebelum ini memutuskan untuk menarik balik rang undang-undang berhubung isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Rang Undang-Undang yang dibaca kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun lalu sudah dibincangkan secara mendalam oleh ahli Kabinet Barisan Nasional.

Beliau berkata, semua pindaan berbangkit dari penggubalan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 juga ditarik balik.

Katanya, kerajaan percaya Islam agama yang adil kepada manusia dan pertikaian status agama anak perlu diselesai berdasarkan prinsip keadilan dalam Islam.

Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan memperuntuk agama seseorang bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh "his parent or guardian" (ibu bapa atau penjaga). – 8 Julai, 2013.
The Malaysian Insider

Parlimen: 3 Rang Undang-undang Ditarik Balik
KUALA LUMPUR,8/7/2013 – Tiga rang undang-undang yang dijadual dibacakan untuk kali kedua ditarik balik daripada Aturan Urusan Mesyuarat pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

jamil-khir-parlimen
Tiga rang undang-undang itu ialah Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013, Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013.

Usul itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said.

Pada Jumaat lepas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Jemaah Menteri bersetuju untuk menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013.

Rang Undang-Rang tersebut dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun lepas oleh Jamil Khir.

Muhyiddin berkata, isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet dengan mengambil kira pandangan dan kebimbangan pelbagai pihak termasuk parti komponen Barisan Nasional. – Bernama

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular