Tuesday, July 9, 2013

Najib lupa Malaysia semakin keterbelakang dari sudut amalan hak kebebasan sejagat .

Bangunkan dulu pemikiran orang Melayu
Sekonyong-konyong berkata Najib dari London, Malaysia akan jadi negara maju pada tahun 2018 , lebih pantas dari Wawasan 2020 anjuran Mahathir . Apa yang di lihat nya di London itu, tiba-tiba buat kenyataan sedemikian ?.

Malaysia sudah merdeka 56 tahun lama nya, banyak kawasan masih ketinggalan dari semua aspek, mampu kah dalam masa 5 tahun yang singkat ini tergocoh-gocoh di bangunkan ?, alamat banyak lagi yang runtuh .

Dia lupa agak nya selain sudah sempurna pembangunan asas di seluruh pelusuk negara penjajah tersebut, orang di sana sudah terbuka pemikiran serta jauh lebih bertamaddun, berbanding Malaysia semakin keterbelakang dari sudut amalan hak kebebasan sejagat .

Terutama Pemikiran di kalangan Pemimpin dan Orang Melayu yang masih keciciran berbanding kaum lain .

FB Ungku Mohd Noor Mahmood (PAR Pulai Sebatang)

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular