Tuesday, July 9, 2013

Kontroversi RUU: Soi Lek salahkan menteri non-Muslim

Presiden MCA Dr Chua Soi Lek menuntut menteri bukan Islam menjelaskan bagaimana mereka boleh membenarkan Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 dibentangkan di Parlimen pada mulanya.

Chua berkata, beliau percaya rang undang itu diteliti di kabinet terlebih dahulu sebelum dibentangkan di Parlimen untuk bacaan kali pertama.

"Saya tidak boleh faham bagaimana menteri kabinet bukan Islam tidak sedar perbezaan 'mother or father' (ibu atau bapa) dan 'parent' (ibu bapa) dalam Seksyen 107(b) dalam rang undang-undang itu sehingga ia dibentangkan di Parlimen.

"Menteri bukan Islam patut memberikan penjelasan kepada orang ramai bagaimana mereka boleh membenarkan rang undang-undang sensitif sebegini, yang melibatkan pertukaran agama kanak-kanak, diluluskan sebulat suara oleh kabinet."

Chua berkata, langkah itu mencetuskan kontroversi yang tidak perlu dan akan menjejaskan imej kerajaan BN.  Mk

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular