Tuesday, July 9, 2013

Ahmad Maslan gagal jawab isu aliran keluar wang haram negara

KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Ahli Parlimen DAP Bukit Bintang, Fong Kui Lun membuatkan Dewan Rakyat, semalam gamat apabila jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengenai isu pengaliran keluar wang haram tidak tepat dan dilihat cuba mengelak daripada menjawab soalan.

Fong Kui Lun semalam meminta Menteri Kewangan menjelaskan kedudukan sebenar isu pengaliran keluar wang haram dalam negara yang mana pengurup wang haram memainkan peranan melakukan transit dalam negara dan meminta langkah diambil untuk membendungnya.

“Global Financial Integrity (GFI) menyatakan Malaysia menduduki tangga kedua di dunia dalam pengaliran keluar wang haram pada 2010. Saya mahu tahu mengapa sistem bagi membendung aktiviti itu sangat lemah?,” soalnya.

Bagaimanapun, Ahmad Maslan tidak menjawab soalan berkenaan dengan baik sebaliknya mempertikaikan fakta GFI dan memberitahu kerajaan sudah mengambil langkah pencegahannya.

Pada 2012, Malaysia terus dicemari imej buruk apabila GFI mendedahkan bahawa pengaliran keluar wang haram dari negara ini berjumlah RM871 bilion sejak 10 tahun lalu iaitu antara 2001 dan 2010.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM196.8 bilion adalah pengaliran keluar wang haram dari negara ini pada 2010.

Laporan GFI yang berpengkalan di Washington menyenaraikan negara China menduduki tangga pertama dalam pengaliran keluar wang haram berunsur rasuah berjumlah US$2.8 trilion dan Malaysia berada pada kedudukan kelima di dunia dengan US$291 bilion.

Bagaimanapun, China ‘jauh ketinggalan’ dengan hanya RM6,400 seorang setahun berbanding RM32,000 bagi Malaysia jika dilihat melalui per kapita.-Roketkini.com

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular