Sunday, July 7, 2013

Apakah Jamil Khir dan para mufti di Malaysia ini merestui keganasan di Mesir?

TGNA telah menyatakan sokongannya terhadap Mursy dan kita semua boleh membacanya di sini. Begitu juga dengan TGHA, ada di sini

Tetapi kita belum lagi dengar apa-apa pun kenyataan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama Islam, Jamil Khir Baharom (gambar).

Para mufti yang ramai-ramai kat Malaysia ni pun senyap sepi menyorok dalam lubang tikus kut?

Kita berharap walaupun Jamil Khir dan beberapa mufti bukan dari keluaga Azhari, mereka sepatutnya tidak terasa rendah diri dan malu untuk menyatakan sokongan terhadap Islam.

Apakah Jamil Khir dan para mufti di Malaysia ini merestui kejadian dimana adanya laporan bahawa 94 wanita telah dirogol beramai di Dataran Tahrir sebelum tentera menggulingkan Mursi?

Serangan gerombolan anti-Mursi bersama-sama polis dan tentera terhadap Ikhwanul Muslimin, pejabat mereka digeledah dan dibakar dan sebagainya.

Apakah bukan keganasan namanya bila gerombolan bersenjata menyerang penyokong Mursi yang sedang mengerjakan solat berjemaah? Sila lihat rakam videonya di sini.


Youssof al-Qaradawi yang dilahirkan di Mesir, merupakan salah seorang ulama sunni yang paling menonjol di Timur Tengah, berkata campur tangan tentera menggulingkan Mursi pada hari Rabu lalu adalah bertentangan amalan demokrasi dan perlembagaan negara itu.
Rakyat Mesir harus memberi sokongan kepada Presiden yang digulingkan tentera, Mohamed Morsi. Dan Tentera perlu menarik diri daripada arena politik.

Youssof al-Qaradawi yang berpangkalan di Qatar berkata dalam satu perintah agama, atau fatwa, pada hari Sabtu kelmarin. SINI

Beliau menambah bahawa ramai ulama dari universiti Islam Kaherah al-Azhar, institusi Islam unggul di Mesir, bersetuju dengan pendapat beliau. - alhusseyn51

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular