KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu untuk menyuruh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengeluarkan satu-satu pegawai penyiasatnya Mohd Nadzri Ibrahim daripada menyiasat kematian dalam tahanan.
Namun, yang menimbulkan persoalan adalah apakah tindakan yang diambil oleh SPRM ke atas pegawainya itu.
“Ini bukan caranya untuk SPRM untuk berbuat demikian," kata Lim Kit Siang.
"Tetapi Nadzri yang tidak sepatutnya dipinjamkan SPRM ke EAIC dan menjadi ketua penyiasat,” kata penasihat DAP Lim Kit Siang.
Lim turut berkata tindakan SPRM mengarahkan EAIC untuk mengeluarkan Nadzri hanya semata-mata untuk mengelakkan kontroversi kematian Teoh Beng Hock dibuka semula.
“Sepatutnya, SPRM perlu menjelaskan mengapa tiada tindakan disiplin terhadap Nadzri semasa RCI Teoh Beng Hock telah membuat komen buruk mengenai kredibiliti dan integriti Nadzri serta peranannya dalam kematian misteri Beng Hock,” kata ahli parlimen Gelang Patah itu.
Nadzri merupakan salah satu pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan sebelum kematian Teoh di bangunan SPRM di Shah Alam pada 16 Julai, 2009.
“Rakyat Malaysia berhak tahu secara penuh apa yang SPRM telah lakukan untuk menghukum Nadzri dan pegawai SPRM yang lain yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Teoh dengan kerakusan salahguna kuasa,” tegas Lim.
Dalam pada itu, banyak pihak meminta agar SPRM atau mana-mana pihak yang berkaitan menjelaskan isu ini segera isu ini dengan jelas sebelum ia menjadi semakin besar dan merebak di luar kawalan.
Ini kerana, jika ia dibiarkan mungkin ada mereka yang tidak bersalah akan terfitnah dengan perkembangan yang berlaku ini. - Harakah
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment