Sidang Dewan Negeri Perak akan mula berlangsung pada 28hb Jun 2013. Dengan itu, Borang Penamaan Calon untuk Speaker dan Timbalan Speaker harus diserahkan kepada Setiausaha Dewan Negeri pada atau sebelum pukul 5.00 petang, 21hb Jun 2013; sepertimana yang telah disyaratkan di dalam surat yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Negeri.Dengan, mematuhi syarat sedemikian, mewakili Pakatan Rakyat Perak, Sdr Wong Kah Wong (Adun Canning), telah menyerahkan Borang Penamaan Calon kepada Setiausaha Dewan Negeri, Encik Rumaizi, lebih kurang jam 11.30 pagi pada 21hb Jun 2013.
Lebih kurang jam 4.35 petang, pada hari yang sama, semasa V. Sivakumar menghubungi En. Rumaizi, SU Dewan ini telah mengesahkan bahawa beliau masih belum lagi menerima Borang Penamaan Calon dari pihak BN Perak.
Sebaik sahaja mendapatkan maklumat ini, serta-merta V. Sivakumar dan Wong Kah Woh telah mengarahkan beberapa staf pejabat DAP Perak untuk berada di Pejabat Bahagian Dewan Negeri bagi memastikan pihak BN menyerahkan Borang Penamaan Calon dalam masa yang sepertimana yang ditetapkan di dalam surat SU Dewan.
Staf-staf pejabat telah pun berada di dalam Pejabat Bahagian Dewan Negeri. Dalam masa yang terdekat, V. Sivakumar bersama Wong Kah Wong juga telah sampai di pejabat berkenaan dan meminta ingin berjumpa dengan En. Rumaizi. Staf pejabat Bahagian Dewan memberitahu bahawa En. Rumaizi bersembahyang dan akan berjumpa dengan V. Sivakumar dan Wong Kah Woh selepas itu.
Sehingga jam 5.20 petang, En. Rumaizi tidak datang berjumpa dengan mereka. Selepas bertanyakan kali kedua, staf pejabat menyatakan bahawa En. Rumaizi telah meninggalkan pejabat atas urusan kecemasan. Walaupun En. Rumaizi sedar bahawa MP Batu Gajah dan ADUN Canning yang juga merupakan Ahli Majlis Pakatan Rakyat Perak, sedang menunggu ingin berjumpa dengannya, beliau tidak hiraukan hal ini, lantas meninggalkan pejabat tanpa berjumpa dengan mereka.
Mengetahui hal ini, Wong Kah Woh bertanyakan kepada pegawai En. Rumaizi bahawa adakah SU Dewan telah memberikan Borang Penamaan Calon dari BN, katanya, "tidak".
Sehingga saat itu juga, tiada sesiapa dari pihak BN Perak datang ke pejabat itu untuk menyerahkan Borang Penamaan Calon. Dengan rasa musykil, V. Sivakumar menelefon En. Rumaizi. SU Dewan itu pula memberitahu bahawa Borang Penamaan Calon BN sudah diterima dan pegawai di pejabatnya yang memegang dokumen tersebut dan borang itu adalah rahsia.
Setelah bercakap dengan SU Dewan, sekali lagi, V. Sivakumar bertanyakan kepada pegawai En. Rumaizi untuk menunjukkan penerimaan borang itu bagi pihak PR mengesahkan BN Perak telah menghantarkan borang itu seperti yang telah ditetapkan.
Pegawai itu sekali lagi memberitahu bahawa En. Rumaizi tidak memberikan apa-apa dokumen kepada beliau dan kesemua hal diuruskan hanya oleh En. Rumaizi.Untuk merumuskan kejadian di atas, Pakatan Rakyat Perak telah menyerahkan Borang Penamaan Calon bagi Speaker dan Timbalan Speaker seperti yang telah disyaratkan.
Beberapa keraguan telah timbul di mana kemungkinan BN Perak TIDAK MENYERAHKAN borang Penamaan Calon itu seperti yang telah disyaratkan dan kemungkinan SU Dewan bersubahat di dalam hal ini.
i) SU Dewan melarikan diri ikut jalan belakang tanpa bertemu dengan V. Sivakumar dan Wong Kah Woh - apabila bertanyakan mengenai Borang itu, SU Dewan memberitahu bahawa ia ada pada pegawainya dan borang itu adalah rahsia - pegawai SU Dewan mengakui boranag itu tiada padanya dan hanya SU Dewan menguruskan hal ini
ii) seseorang dari pihak BN yang datang ke pejabat Bahagian Dewan dari pukul 4.40pm sehingga akhirnya waktu pejabatAdakah SU Dewan melindungi kesalahan BN Perak?
Ini boleh dikatakan sebagai subahat kepada tidak mengikut perintah-perintah tetap dan mencermakan kesucian Dewan Negeri.Jika ia adalah benar SU Dewan telah menerima Borang Penamaan Calon dari BN pada masa V. Sivakumar dan Wong Kah Woh berada di perkarangan pejabat SUK, SU harus buktikan!
Penamaan Calon Pakatan Rakyat Perak bagi :Speaker : YB V. SIVAKUMAR (Ahli Parlimen Batu Gajah)Timbalan Speaker : YB Abdul Yunus Jamhari (ADUN Kuala Kurau)*PENAMAAN CALON BAGI PRU PUN TIADA RAHSIA...APA PULA RAHSIA SANGAT UNTUK PENAMAAN CALON SPEAKER & TIMBALAN SPEAKER??? - addin77
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment