Dengan 48 jam sebelum perhimpunan Black 505 pada Sabtu, ketegangan diantara polis dan penganjur berterusan.
Sebagai respon kepada amaran polis semalam mengatakan penganjur akan didakwa sekiranya perhimpunan diteruskan, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu The Malaysian Insider tiada perubahan setakat ini.
“Kita akan teruskan dengannya,” katanya berkenaan dengan rancangan untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
“Walau bagaimanapun, kita berharap menjelang hari perhimpunan, polis akan memenuhi permintaan kita.”
Beliau menambah: “Akan tetapi saya faham, polis terikat dalam perkara ini. Putrajaya yang mengawal keadaan.
“Mereka harus belajar menghormati majoriti yang bimbang dengan penipuan pilihan raya baru-baru ini.”
Semalam, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengeluarkan satu lagi amaran keras.
Bercakap pada sidang akhbar, ketua polis yang bertanggungjawab atas kawasan tempat perhimpunan itu diadakan memberi amaran pihak penganjur masih boleh didakwa walaupun polis telah menerima notis pemberitahuan perhimpunan 10 hari lebih awal, seperti ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 .
Ini adalah kerana penganjur tidak mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan padang itu.?
Beliau turut mengatakan polis tidak akan membuat sebarang persiapan untuk membantu perhimpunan akan tetapi akan hadir untuk “menguatkuasakan” undang-undang.
Akan tetapi Rafizi mengatakan perhimpunan akan berterusan sehingga kerajaan menunaikan tuntutan mereka
“Lebih cepat mereka sedar lebih baik,” kata ahli Parlimen Pandan itu. Beberapa siri perhimpunan Black505 yang bermula pada 8 Mei telah dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk membantah keputusan Pilihan Raya 2013 yang didakwa tercemar dengan penipuan dan kecurangan pilihan raya.
Mereka juga menuntut agar kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan untuk bertanggungjawab terhadap perjalanan pilihan raya umum 5 Mei yang dikatakan hambar.
Barisan Nasional (BN) terus berjaya mengekalkan kuasa dengan 133 daripada 222 kerusi Parlimen akan tetapi gagal merampas semula majoriti tradisi dua pertiga di Dewan Rakyat.
PR pula mendapat 89 kerusi. – 20 Jun, 2013. - TMI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment