Anwar Gelak Dikaitkan dengan Insiden Menara Umno
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hanya ketawa apabila cuba dikaitkan dengan insiden runtuhan di Menara Umno Pulau Pinang.
Ditanya tentang kenyataan pengerusi Umno negeri Zainal Abidin Osman berhubung perkara itu semalam, Anwar berkata seperti selalu, beliau akan dipersalahkan.
"Tak apa, buatlah siasatan. Ini salah Anwarlah. Biasalah. Itu salah Anwar.
"Bangunan runtuh salah Anwar. Nanti esok pemilihan dalam Umno (pun) salah Anwar," sindir Anwar.
Zainal Abidin semalam berkata, Anwar merupakan orang paling layak untuk menjawab soalan berkaitan Menara Umno negeri yang didakwa dibina sebelum pelannya dihantar.
Zainal berkata, Anwar ketika itu timbalan perdana menteri dan pengerusi Umno Pulau Pinang dan mereka tidak mempunyai sebarang jawatan pada masa itu. - MK
MENARA UMNO PULAU PINANG RUNTUH SALAH ANWAR JUGA,Pengerusi Umno Pulau Pinang
Pengerusi Umno Pulau Pinang Zainal Abidin Osman berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang paling layak untuk menjawab soalan berkaitan Menara Umno negeri yang didakwa dibina sebelum pelannya dihantar.
Zainal berkata, Anwar ketika itu timbalan perdana menteri dan pengerusi Umno Pulau Pinang dan mereka tidak mempunyai sebarang jawatan pada masa itu.
"Dia tahu segala-galanya," kata Zainal dalam sidang media hari ini.
Anggota Parlimen Tanjung Ng Wei Aik semalam mempersoalkan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Gerakan sebelum ini yang didakwa membenarkan pembinaan Menara Umno sebelum pelannya dihantar atau diterima.
Ng mendakwa, kerajaan tempatan pada 23 Disember 1995 mengeluarkan permit khas kerja kepada kontraktor bangunan, dua tahun sebelum pelan pertama dihantar pada 31 Julai 1997 dan pelan pengubahsuaian pada 24 Julai 1998.
Pada 1 Oktober 1996, timbalan ketua Menteri pada masa itu Shariff Omar melawat bangunan itu dan "merestui" pembinaannya walaupun pelan bangunan belum dihantar, dakwa Ng.

Maksudnya menara parti keris tiada hulu itu runtuh adalah kerana Anwar bukan orang lain. Mungkin dalam benak pemikiran mereka semua itu salah Anwar ......tidak ada kena mengena dengan Umno dulu, kini dan selamanya.
Jelas Umno tidak mahu bertanggungjawab, kalau boleh 'taici' mereka akan 'taici' setaici-taicinya. - btmmari.
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:
Post a Comment