Berita kejadian rompakan mesin ATM boleh dikatakan setiap minggu berlaku, ini hanya berlaku di Malaysia , amat jarang berlaku di negara luar. Anda fikirlah sendiri bagaimana kadar jenayah sekarang?
Polis jalankan rondaan sejam sekali di premis ATM
KUALA LUMPUR - Berkuatkuasa hari ini, pasukan peronda polis akan menjalankan rondaan sejam sekali di premis-premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di seluruh negara sebagai langkah mencegah kejadian samun dan pecah ATM.
Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal akan melaporkan keadaan terkini selepas setiap rondaan kepada bilik kawalan di setiap daerah.
"Unit rondaan ini perlu menjalankan rondaan dengan berhenti dan melawat premis ATM dengan kekerapan satu jam sekali dalam tempoh 24 jam setiap hari di semua daerah di seluruh negara.
"Kalau setiap jam ada polis yang meronda di premis ATM, mana mungkin boleh berlaku kejadian samun dan pecah ATM sebab ia perlukan masa memandangkan peralatan yang digunakan seperti gas oxy-acetylene, dan lori untuk menarik keluar mesin tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Tawan Bukit Aman di perkarangan pusat membeli-belah KLCC.
Beliau berkata unit peronda itu dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap sebarang insiden khususnya melibatkan kejadian pecah dan samun ATM sekiranya ia berlaku dalam tempoh rondaan mereka.
Dalam perkembangan lain, Ayub berkata cadangan bagi mengasingkan laluan pejalan kaki dan motosikal sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan kadar jenayah jalanan masih di peringkat perbincangan.
Beliau berkata cadangan itu perlu dibincangkan dan maklumbalas daripada orang ramai juga diperlukan.
"Kita sudah mendapat respon daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun untuk laksanakan perkara itu kita kena lihat keadaan sekeliling dan kesannya kepada masyarakat," katanya.
Ayub berkata berdasarkan statistik, jenayah membabitkan motosikal menyumbang 50 peratus daripada indeks jenayah negara dan cadangan itu dilihat mampu mengurangkan jenayah jalanan.
"Sebagai contoh, kejadian curi motosikal merupakan penyumbang utama indeks jenayah di negara ini.
"Jadi kalau kita zonkan motosikal di kawasan-kawasan tertentu mungkin jenayah yang melibatkan motosikal dapat dikawal," katanya. - pkrl
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment