Friday, June 21, 2013

Speaker pilihan Pakatan untuk pulih imej parlimen – @anwaribrahim

Anwar PC
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pemilihan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, bertujuan untuk memulihkan integriti parlimen.

Berdasarkan rekod, katanya, Pakatan percaya bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu mampu menjalankan tugas dengan lebih bebas dan menghormati lunas perlembagaan.

“Ini satu gambaran bagaimana Pakatan mahu memulihkan imej prestasi parlimen supaya tidak menjadi gelanggang yang hanya memihak kepada satu pandangan.

“Sebab itu kita usulkan Kadir walaupun beliau tidak menjadi anggota parti dalam Pakatan,” ujar Ketua Parlimen Pakatan Rakyat itu dalam sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat Pas, hari ini.

Pakatan Sebelum ini sebulat suara memilih Kadir yang juga pernah menjadi anggota Suruhanjaya Siasatan Kes Kematian Teoh Beng Hock dan anggota Jawatankuasa Eksekutif Transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai speaker dewan.

Anwar berkata, Pakatan turut memutuskan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai timbalan speaker, memandangkan terdapat dua kekosongan jawatan itu.

“Kita berharap bagi membantu Yang Dipertua dalam urusan mengendalikan persidangan seorang timbalan hendaklan dipilih dari kalangan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat,” jelas Ketua Umum KEADILAN itu.

Sementara itu, katanya, Pakatan Rakyat akan mengadakan konvensyen pada 23 Jun nanti di Hotel De Palma, Ampang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri Besar Selangor, Kelantan dan Ketua Menteri Pulau Pinang. SUMBER

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular