Aku sokong himpunan ini diadakan.. tetapi aku tak sokong tindakan seorang penyokong Pakatan Rakyat yang memukul kepala seorang pegawai DBKL ini..
Ianya akan digunakan sebaik mungkin oleh media-media dan juga Blog-blog Pro UMNO untuk menjadikan kita sama ganasnya dengan samseng-samseng upahan UMNO dimata mereka yang di atas pagar (tak sokong mana-mana pihak)..
Ceritanya begini..sepertimana dilaporkan oleh wartawan Malaysiakini..
Kira-kira pada pukul 4.45 petang tadi di Padang Merbok - Dua orang pegawai penguatkuasa DBKL tiba ke kawasan khemah yang didirikan dan meminta para peserta untuk merobohkan struktur tersebut.
Seramai 20 orang peserta yang tidak berpuas hati dengan amaran itu kemudiannya mengerumuni dan mengasak pegawai tersebut.
Salah seorang daripada pegawai tersebut kemudiannya beredar dari kawasan tersebut. Namun rakannya membalas asakan para peserta dan menolak salah seorang dari anggota kumpulan terbabit sehingga individu tersebut terjatuh.
Susulan itu, pegawai terbabit terpaksa diiring oleh sekumpulan kira-kira 10 orang pegawai DBKL lain serta unit amal PAS sehingga ke satu van milik DBKL.
Van tersebut kemudiannya dikerumun oleh sekumpulan 50 orang lagi peserta himpunan yang kelihatan marah dengan tindakan pegawai tersebut sebelum itu.
Pegawai tersebut kemudiannya dibawa meninggalkan kawasan itu dengan satu kenderaan lain, dengan iringan polis..
Ni video dari MyKemut..
Nak kata parah kena pukul tu.. rasanya tak lah, sebab nampak kena lepuk sikit saja tu.. tapi oleh kerana ianya dilakukan oleh Penyokong Pakatan Rakyat maka...
Polis buru penyokong cederakan anggota DBKL
KUALA LUMPUR 22 Jun - Polis memburu kumpulan penyokong yang terlibat memukul dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam perhimpunan haram di Padang Merbok di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mereka dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - ASD
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment