Anggota Parlimen Tanjung Ng Wei Aik mempersoalkan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Gerakan sebelum ini yang didakwa membenarkan pembinaan Menara Umno sebelum pelannya dihantar atau diterima.
"Bagaimana negeri boleh tunduk kepada Umno dan membenarkan kerja-kerja dimulakan sebelum pelan bangunan dihantar?"
Ng melontarkan pertanyaan itu dalam sidang media di Jalan Macalister, di mana penebat kilat daripada bangunan itu jatuh, sekali gus menyebabkan dua terbunuh ketika ribut melanda Pulau Pinang pada Khamis.
Ng mendakwa, kerajaan tempatan pada 23 Disember 1995 mengeluarkan kebenaran memulakan kerja khas kepada kontraktor bangunan, dua tahun sebelum pelan pertama dihantar pada 31 Julai 1997 dan pelan pengubahsuaian pada 24 Julai 1998.
Pada 1 Oktober 1996, timbalan ketua Menteri pada masa itu Shariff Omar melawat bangunan itu dan "merestui" pembinaannya walaupun pelan bangunan belum dihantar, dakwa Ng.
BERITA BERKAITAN :
KELEMAHAN PENGURUSAN MENARA UMNO PULAU PINANG PUNCA INSIDEN ?
Menara UMNO Pulau Pinang semasa awal pembinaannya pernah memperoleh RAIA Awards, latar belakang menara ini dipaparkan dalam majalah Architecture Australia , Nov 1998 , Vol 87 No.6 . Dari Majalah berkenaan, dipaparkan juga senarai kontraktor2 yang terlibat dalam pembinaannya .
"Architects and Interior Designers TR Hamzah & Yeang Sdn Bhd—project architect Ken Yeang. Developer South East Asia Development Corporation. Structural and Civil Engineers Tahir Wong. Electrical, Mechanical and Hydraulic Engineers Ranhill Bersekutu. Lighting Consultants NDY Lighting. Natural Ventilation Consultants Richard Aynsley, Phil Jones. Quantity Surveyor Juru Ukur Bahan Malaysia. Builder JDC Corporation." - sumber
Selain itu senarai konsultan dan kontraktor yang terlibat boleh juga dirujuk di laman web ini - sumber
Jika dilihat dalam senarai kontaktor , bukanlah calang-calang yang dipilih sehinggakan bangunan ini diiktiraf dalam majalah luar negara (Architecture Australia ). Malah rekabentuk Menara UMNO ini juga dibukukan oleh pengarang luar Leon Vain Schaik (The Umno Tower: Umno Tower, Penang (Architecture, Design & Technology)
Entah dimana silapnya samada keculasan pengurusan Menara UMNO yang tidak peka tentang soal keselamatan sesebuah bangunan sehingga menyebabkan menara penebat kilat runtuh semasa kejadian ribut baru-baru ini dan mengorbankan nyawa.
Laporan akhbar The Star menyebut bahawa pemilik Menara UMNO gagal mematuhi undang-undang apabila tidak menyerahkan audit laporan keselamatan yang berakhir pada 2011 dengan memetik kata-kata ADUN DAP Tanjung Ng Weik Aik .
Insiden yang berlaku ini memberi bola tanggung kepada DAP untuk menyalahkan UMNO kerana gagal dalam soal penyelenggaraan bangunan . Pengurusan Menara UMNO Pulau Pinang berada di bawah tanggungjawab JKP Sdn Bhd. Dari laman web JKP Sdn Bhd ,
"JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) telah ditubuhkan pada 12 Julai 1995 dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). "
Oleh yang demikian, penulis berpendapat mereka yang memegang bertanggungjawab dalam soal pengurusan bangunan di dalam JKP Sdn Bhd perlu lebih peka . Memang kejadian berpunca dari bencana alam yang tak dapat di elakkan tetapi peranan yang diberikan untuk pengurusan sesebuah bangunan tak boleh dipandang enteng .
Bila kita diberikan tanggungjawab kita perlu ada plan menjalankan tanggunjawab berkenaan dan bukan hanya menerima buta-buta jawatan yang diberikan. Satu lagi , apa tindakan yang telah dibuat oleh pihak2 berkenaan untuk mengisi lot-lot kosong dalam Menara UMNO ?
Jangalah hanya kerana tidak banyak unit di bangunan itu disewa aspek keselamatan di abaikan. Penulis tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak , tetapi apa yang pasti disebabkan kegagalan pihak yang menguruskan bangunan menyediakan laporan audit keselamatan , insiden ini dijadikan modal oleh pihak Pakatan untuk memalukan UMNO . Lepas ni elok lah orang-orang dalam UMNO ni tumpukan sepenuh perhatian pada tugasan yang di amanahkan bukannya sibuk nak fikir jatuhkan orang itu dan orang ini dalam pemilihan UMNO nanti .~sumber
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment