Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Bakri Zinin supaya tidak bersikap seperti pemimpin Umno bahagian untuk cuba menyekat perhimpunan Black 505 Sabtu ini.
Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan perhimpunan itu adalah satu himpunan aman dan polis tidak sepatutnya membuat sekatan atau amaran.
"Majoriti rakyat mengharapkan senario berubah. Perhimpunan kita aman. Saya kesal tindakan diambil terhadap penganjur. Sebelum ini tiada gangguan majlis cuma masalah teknikal.
"Kami tak ada konfrantasi, cuma timbalan ketua polis negara boleh beri pandangan tapi jangan bagi amaran atau ugut macam ketua bahagian Umno. Kita setuju kalau nak ada perbincangan," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya. KR
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:
Post a Comment