Krisis Jerebu: ke mana Palanivel hilang?
KLUANG, 22 JUN: DAP menggesa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel mengeluarkan pelan tindakan dan kandungan awam ‘Ministerial Steering Committee (MSC) secara terbuka kepada rakyat.
KLUANG, 22 JUN: DAP menggesa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel mengeluarkan pelan tindakan dan kandungan awam ‘Ministerial Steering Committee (MSC) secara terbuka kepada rakyat.
Menurut Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, Liew Chin Tong, ia mesti dilakukan supaya kementerian itu tidak menabur janji kosong kepada orang ramai.
“Palanivel mesti mengambil pendirian tegas dengan mengemukakan pelan tindakan dan kandungan awam secara terbuka kerana rakyat berhak menikmati kualiti udara bersih dan segar.
“Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri Sub-Wilayah (MSC) mengenai pencemaran jerebu merentasi sempadan ditubuhkan pada 2006, ia ditugaskan untuk menangani kebakaran hutan. Berjuta ringgit dibelanjakan untuk pemantauan, pengurusan dan pengurangan usaha menangani jerebu merentasi sempadan.
“Setakat ini, terdapat hanya tiga mesyuarat MSC, yang terakhir diadakan pada April 2013,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kluang dalam kenyataan, hari ini.
Beliau turut menuntut Palanivel agar mendesak Indonesia menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan dan menunjukkan komitmen untuk mengurangkan bilangan kebakaran hutan.
“Dalam isu jerebu merentasi sempadan, kita tidak boleh mengambil risiko sehingga membahayakan nyawa rakyat demi menjadi ‘jiran yang baik’.
“Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan ditandatangani pada 2002 dan semua negara anggota ASEAN mengesahkan Perjanjian, kecuali Indonesia.
“Kerajaan, khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar perlu membuat pendirian dengan mendesak Indonesia menandatangani perjanjian,” ujarnya.
Chin Tong turut mengecam Palanivel kerana lambat bertindak dan seolah-olah sambil lewa dalam isu jerebu yang membahayakan kesihatan.
“Ketika rakyat mencari jawapan berhubung masalah jerebu yang mencapai tahap berbahaya di Johor, Palanivel menghilang diri entah ke mana.
“Kenapa beliau mengeluarkan kenyataan lambat pagi ini? Rakyat mahu kerajaan bertindak lebih proaktif dalam menangani krisis nasional yang mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga juta orang kepada risiko kesihatan yang tinggi,” katanya. -Roketkini.com
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment