Monday, June 17, 2013

Apabila Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota Kalah...


Adun PAS baiki sendiri jalan berlubang
KUANTAN: Selepas tiada tindakan daripada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) berkaitan aduan jalan berlubang di Jalan Air Putih 2 di sini, Adun Beserah, Andansura Rabu mengambil inisiatif membaiki sendiri jalan yang membahayakan pengguna itu.

Andansura berkata, dilaporkan penduduk telah berlubang sejak enam bulan lalu, tetapi sejak menang pilihan raya umum (PRU) 5 Mei lalu beliau menerima lebih banyak aduan daripada penduduk dan pengguna jalan raya di situ.

Menurut Ahli Jawatan Kuasa Badan Perhubungan PAS Pahang itu, beberapa tindakan susulan dibuat kepada MPK dan JKR namun tidak mendapat maklum balas yang memuaskan.

“Justeru, saya fikir elok jalan ini dibaiki untuk jangka masa pendek sebelum pihak bertanggungjawab tampil membaiki jalan yang rosak ini.

“Walaupun tak sempurna, sekurang-kurangnya lubang dapat ditutup. Jika tidak keadaan jalan menjadi semakin teruk dan bahaya kepada pengguna kerana lubang yang dalam,” katanya ketika ditemui di sini.
Andansura berkata, dengan kos RM300, pihaknya membeli peralatan seperti batu, pasir dan simen untuk menimbus dan menurap jalan berlubang itu.

Jalan yang menjadi tempat pusingan U itu berlubang teruk menyebabkan pengguna yang melalui jalan itu terpaksa lebih berhati-hati kerana bimbang berlaku kerosakan pada kenderaan.

Turut turun membantu, ahli-ahli Majlis Tindakan Dun Beserah.

Pada PRU lalu Andansura mengalahkan Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota Mohd Hazmi Yusof dengan majoriti 3,987 undi. Andansura mendapat 15,346 sementara Hazmi hanya mendapat 11,359 undi - Harakah

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular